Manek Urai : Munajat Jamaei

12 07 2009

Salam Perjuangan…





Manek Urai : ISA lebih zalim daripada istilah ‘binatang’

12 07 2009

Salam Perjuangan…

Tuan Guru Nik Aziz menyifatkan penggunaan ISA terhadap pemimpin adalah lebih teruk daripada istilah ‘binatang’.

“Kezaliman Umno menggunakan ISA ke atas pembangkang yang tidak bersalah dan menafikan hak bersuara untuk mereka membela diri adalah lebih teruk daripada perkataan itu,” bidas Nik Aziz.

Beliau berkata demikian menjawab serangan media yang menyebut beliau mengeluarkan kata-kata kesat termasuk binatang atau ‘menate’ dalam loghat Kelantan dalam satu ceramah di Manek Urai Dua baru-baru ini. Baca baki entri ini »





Manek Urai : Menteri buat tuntutan elaun ketika datang berkempen?

8 07 2009

Salam Perjuangan…

Mungkinkah kedatangan begitu ramai menteri ke Manek Urai sekarang menggunakan wang hasil cukai dibayar rakyat. Malah pernah berlaku pemimpin kerajaan dari Melaka membuat tuntutan elaun ketika berkempen pada pilihan raya kecil di utara.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, PAS bimbang dengan kehadiran begitu ramai menteri ke Manek Urai sekarang dikhuatiri menggunakan wang kerajaan.

“Ada kes di mana pemimpin yang datang berkempen membuat tuntutan perjalanan dan pelbagai elaun lain. Ada rekod mengenai perkara itu. Ini yang kita bimbang sekiranya berulang di Manek Urai sekarang.

“Ini secara jelas menggambarkan penggunaan jentera kerajaan begitu berleluasa sekali dalam pilihan raya,” katanya pada persidangan media di Markas Induk PAS di sini, hari ini. Baca baki entri ini »





Manek Urai : Umno lepas geram, tuduh tok guru nyanyuk

8 07 2009

Salam Perjuangan…

Kenyataan Umno-BN yang menuduh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai nyanyuk kerana tidak bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan mencerminkan keadaan mereka yang sedang melepaskan geram.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu dalam satu ceramah ketika kempen calon di Padang Chuchuh Puteri A semalam, menyifatkan kenyataan tersebut lahir daripada mereka yang sedang marah serta tidak rasional.

“Itu kenyataan orang yang lepas geram, kalau saya nyanyuk bagaimana saya boleh menyampaikan ceramah pada malam ini?” tegasnya kepada lebih 3,000 orang yang datang mendengar padang ceramah tersebut. Baca baki entri ini »





PR Perak Tidak Teringin Untuk Terima Osman dan Jamalauddin

8 07 2009

Salam Perjuangan…

Hj Nizar memang cuba menghubungi Jamaluddin dan Osman tengah malam hari tu, tetapi tidak dijawab oleh mereka. Hj Nizar cuba mengubungi bukan nak pelawa mereka berdua menyertai semula PR. Di Ipoh, minggu lepas heboh kononnya dua orang ini menghilangkan diri sehingga tidak dapat dihubungi oleh UMNO.

Dari sumber-sumber UMNO, mereka tidak dapat dihubungi dan tidak dapat dikesan di mana mereka berada. Ada maklumat mengatakan, mereka sengaja berbuat demikian kerana marah terhadap UMNO yang tidak tunaikan janji untuk jawatan EXCO dan sejumlah wang yang ditawarkan kepada mereka. Baca baki entri ini »





Manek Urai : Perkembangan Politik Tanah Air Dari Perspektif Nik Aziz

8 07 2009

Salam Perjuangan…

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah benteng utama parti itu. Beliau juga adalah pemacu unggul kerajaan Kelantan.

Idea-idea politiknya bernas. Setiap pertimbangan dan perkembangannya digarap bersandarkan al-Quran, Sunnah dan Realiti politik hari ini.

Demi mengetahui bagaimana beliau menafsirkan perkembangan politik tanah air, wartawan SUARA KEADILAN, MOHD NAJIB HASHIM menemubual Menteri Besar Kelantan ini.

Perkembangan politik Malaysia nampaknya menjurus kepada persaingan dua parti iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Apa komen Datuk? Baca baki entri ini »





Hishammuddin Bohong, Kaitkan Harimau Tamil

8 07 2009

Salam Perjuangan…

Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy marah dengan pembohongan berterusan yang disebarkan kerajaan bahawa beliau mencari sokongan pertubuhan pengganas untuk membantu gerakannya.

Tuduhan palsu terakhir oleh kerajaan tercetus minggu lalu apabila Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein memberitahu Parlimen, Waythamoorthy telah meninggalkan Malaysia pada 28 November 2007 untuk mencari sokongan antarabangsa dan mengatur usaha untuk bertemu pemimpin Harimau Tamil (Tamil Tigers).

P Waythamoorthy dan polis 231107 “Ini sama sekali merepek. Saya cabar menteri untuk memberi bukti perkara ini secara terbuka, jika memang dia ada,” P Waythamoorthy. Beliau kini berada di New Delhi, India dan akan kembali ke pengkalannya di London akhir minggu ini.

Beliau meninggalkan Malaysia apabila kerajaan menyerbu Hindraf pada akhir 2007. Sejak itu, beliau memimpin gerakan tersebut dari London. Baca baki entri ini »





Manek Urai : Kempen Media Tonjol Perbezaan PR-BN Berjaya

8 07 2009

Salam Perjuangan…

Proses mencelikkan rakyat akan perbezaan pemikiran, pendekatan dan pelaksanaan program politik di antara Pakatan Rakyat (PR) dengan Barisan Nasional (BN) memang amat kritikal kepada usaha menjamin keluhuran amalan dan lanskap politik negara. Ia perlu dilakukan dalam skala besar dan sungguh-sungguh demi memastikan rakyat akan dapat membuat keputusan dan pemilihan lebih bijak menjelang pilihanraya umum ke-13 yang dijangka tiga tahun lagi.

Bagaimanapun proses ini kini nampaknya semakin mudah dan berkesan kerana ia ditaja dan dilaksanakan dengan gigihnya oleh media arus perdana. Memang sejak 8 Mac tahun lalu, media arus perdana sentiasa mengintai kesempatan untuk merapuhkan perpaduan yang cuba dibina oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Baca baki entri ini »





Ustaz Halim Ramli meninggal dunia

8 07 2009

Salam Perjuangan…

Pendokong perjuangan Islam di Tanah Merah dikejutkan dengan kematian ketua penerangan kawasan itu, Ustaz Abdul Halim Ramli, 44 kira-kira jam 8 pagi tadi.

Beliau meninggal dunia di Hospital Tanah Merah akibat serangan jantung dan penyakit paru-paru berair. Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan dua hari lalu, meninggalkan enam anak dan seorang balu.

Jenazahnya akan disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Batu 9, Batang Merbau selepas solat Asar petang ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Tanah Merah, Nordin Ismail berkata, semasa hayatnya Allahyarham seorang yang aktif dalam perjuangan Islam dan kegiatan kemasyarakatan. Baca baki entri ini »





Manek Urai : Masa untuk rakyat nilai KPI Najib

8 07 2009

Salam Perjuangan…

Seratus hari pentadbiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak nampaknya tidak memberi apa-apa perubahan terutama dalam merangsangkan ekonomi negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan (Paroi) Taufek Abudl Ghani berkata, Najib lebih berminat melaungkan slogan 1Malaysia berbanding berusaha untuk memulihkan ekonomi negara.

“Saya lihat Najib tidak ada perkara baru yang diketengahkan sepanjang 100 hari pentadbiran beliau selain lontarkan slogan 1 Malaysia,” katanya semasa dihubungi.

Tegasnya, inilah masa yang sesuai untuk rakyat melihat Petunjuk Indeks Prestasi (KPI) Najib bagi menilai kemampuannya sepanjang menerajui negara sehingga hari ini. Baca baki entri ini »