Datuk Mustapa Mohamed Ugut UMNO Bahagain Jeli


Salam Perjuangan…

Datuk Mustapa Mohamed, Ketua UMNO Bahagian Jeli merangkap Menteri (gambar) bersedia letak jawatan menteri sekiranya ahli UMNO Bahagian Jeli mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding Presiden parti Disember ini. Beliau dipetik berkata ; “Jika ahli-ahli UMNO Bahagian Jeli mencalonkan Tengku Razaleigh bertanding Presiden parti, saya terpaksa meletakkan jawatan sebagai komitmen saya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melantik saya sebagai menteri.”

Pendirian beliau itu merupakan satu ugutan kepada ahli UMNO Bahagian Jeli supaya patuh dan akur kepada kehendakannya untuk tidak mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah pada pemilihan nanti. Ia juga semacam memberi amaran, kalau nak seorang menteri (pembangunan) di kawasan Jeli, maka pada pemilihan UMNO Bahagian Jeli nanti jangan sekali-kali mengingkari / membelakangi pendirian yang telah beliau buat.

Politik Datuk Mustapa ini semacam politik keanak-anakan yang mengula-gulakan anak-anak dengan gula-gula / coklat (pembangunan). Kalau kita ingat sebelum pilihan raya ke 12 baru-baru ini, dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, beliau telah mengaku bahawa beliau merupakan salah seorang yang menidakkan pembangunan di Kelantan di atas sebab pembangkang yang memerintah. Ini menampakkan kejahatan beliau walaupun kepada rakyat di negeri sendiri. Mungkin ini juga akan berlaku kepada ahli UMNO Bahagian Jeli walaupun se-parti, tetapi jika bersalahan pendapat dengan beliau, maka terimalah akibatnya.

Rata-rata ahli UMNO Bahagian Jeli berbelah bahagi sama ada nak mencalonkan Tengku Razaleigh atau Abdullah Ahmad Badawi. Kalau calon Tengku Razaleigh, maka terpaksa berdepan dengan Datuk Mustapa dahulu. Kena langkah mayat dulu (kalau ikut bahasa kasar) baru boleh. Ada ahli UMNO yang mengatakan ; “Kalau sekarang Datuk Mustapa sebagai menteri, tetapi bila Tengku Razaleigh menang dan sebagai Perdana Menteri tentu lebih banyak lagi pembangunan dibawa ke Jeli.”

Mustapa merupakan Ketua UMNO Bahagian Jeli untuk tiga penggal dan beliau dijangka menang tanpa bertanding pada pemilihan nanti untuk penggal keempat beliau. Kalau lama-lama pegang Ketua UMNO Bahagian ni, takkan tak ada perasaan ahli yang tidak puas hati pada beliau. Maklumlah dah lama pegang jawatan Ketua ni.

About these ads

Posted on 23 Julai 2008, in Isu Semasa and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 10 Komen.

  1. salam…
    saya cukup tertarik dengan tulisan anda. tapi terfikir di hati ini kenapa ahli UMNO Bahagian Jeli buleh berubah arah, sedangkan Tok Pa jadi ketua mereka lama. Kenapa jadi begini??? Apakah istemewanya Ku Li?

  2. Baguslah kalau Tok Pah letak jawatan, blh rehat banyak2 kat rumah…. luangkan masa dengan keluarga. Lagi berkat.

  3. muhammadhanif

    Salam Perjuangan…

    Sesetengah rakyat Kelantan masih hormat kepada orang yang bergelar Tengku. Sebab itulah Tengku Razaleigh masih dapat bertahan sampai sekarang di Gua Musang. Pengaruh keturunan memainkan peranan kepada mana-mana ahli politik.

    Mungkin orang Jeli sudang jemu dengan kepimpinan Datuk Mustapa yang sudah tiga penggal pegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jeli / mungkin ada rasa tidak pus hati dikalangan ahli UMNO tentang sikap dan percakapan Datuk Mustapa yang sangat angkuh dan bongkak

    Cadangan Nur Hakim tu ana sangat sokong sekali. Samapai masanya untuk berundur dan beri peluang pada orang muda pula. Kita jadi penasihat jer sudah lah.

  4. Tahniah! Satu kupasan yang amat baik untuk renungan ahli umno Jeli. Pikir Bulat-bulat, Jangan Timbang-timbang.

  5. ugut 1 hal, d manakah sikap debe org ktan? tkan ugut cmtu dah mengelabah puyu… bila lg tok sorg je, ahli ramai apa nak takut?

  6. mutiara hati

    kalau ini betul2 berlaku..alhamdulillah..sesungguhnya Allah telah menampakkan kpd kita siapakah pemimpin yang betul ikhlas dalam perjuangan mereka..adakah disebabkan kebendaan semata-mata???Ya Allah…bantulah mereka yang memperjuangkan agamamu..

  7. Salam saudara pengarang,

    Saya sebagai anak Kelantan yang dilahirkan di Tanah Serendah Sekebun Bunga, bangga dengan pandangan tuanx semua. Kali pertama menjejakkan kaki di bumi asing sejak 20 tahun lalu, saya sedar Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang masih utuh kemelayuannya dibumi Malaysia. Bersatulah wahai anakx Kelantan mempertahankan bangsa dan agamamu. Saya bukan sahaja bercakap mengenai Malaysia, bahkan sewaktu saya di Filipina pada tahun 2001, menyaksikan sendiri MILF mempertahankan maruah bangsanya, tahun 2003 sewaktu menyertai misi di Aceh, saya kagum dengan kecekalan GAM mempertahankan haknya, rasa terpanggil saya menyatakan dilaman ini kepada semua anak Malaysia terutama anak jati Tanah Serendah Sekebun Bunga meraka bukan berpecah kerana bangsa yang berbeza, mereka bukan berperang kerana keturunannya lainx tetapi berperang kerana falsafah yang berbeaza, yang menag bersorak tapi tak sedar ibarat ” Menang Bersorak Kampung Tergadai “. Sebenarnya jatuhnya kerajaan Saddam Hussin adalah kerana bangsanya sendiri, setelah hampir 1 dekad luka Iraq masih berdarah. Bangkitlah bangsaku, bersatulah demi anak cucumu. UMNO atau PAS semuanya sama cuma falsafah perjuangan berbeza yang pastinya kita adalah Melayu. Kalau tuanx lihat dinegeri luar Perak, Selangor, Melaka, N9 dan lain-lain Melayu hanya sebagai boneka sahaja. Tak ubah seperti patung yang bernyawa tapi tak bertenaga.

    Hanya Kelantan Darul Naim kesemua pemimpinnya adalah melayu. Hanya melayu yang menduduki Dewan Undangan Negeri dan Melayulah juga yang menduduki Dewan Negara dari Kelantan. Sedarlah kita semuanya sama yang berbeza falsafah perjuang. Mahukah tuanx melihat anak cucu tuanx meratap hiba dibumi sendiri. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan kekurangan itu dari hamba sendiri.

    Salam dari Lubnan….

  8. kepada sahabat,,sebelum buat sesuatu keputusan,timbamg dulu baik dan buruknya dikemudian hari.jangan fikir bulat2..bila dah jadi sesuatu yang tak diingini,seribu penyesalan dah tak berguna lagi..

  9. salam..pelik sangat kenapa PAS tolak salam perpaduan yang dihulurkan oleh UMNO yang seagama dan sebangsa dengan mereka.sedangkan salam perpaduan dan pakatan yang dihulurkan oleh DAP dan PKR disambut baik..

  10. ambo ore asal jeli…
    ambo raso toksoh la demo2 sumo nok kacau tepi kain ore…
    Jeli banyok beruboh…maso dato pa kaloh nyan apendi pon dio dok lari
    pada hal ore ofer dio jadi calon tempat lebih selamat..
    Prinsip ore jeli…pilih calon buke pilih parti…

    sekian..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,772 other followers

%d bloggers like this: