Salam Perjuangan…
Banyak cakap-cakap politik termasuk di warung kopi mempertikai kegagalan usaha Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membentuk kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September lalu.
Walaupun pelbagai alasan diberikan, namun ada yang melihat sejak peristiwa 16 September tidak menjadi kenyataan mereka tidak lagi mengimpikan kerajaan baru jika tiada bukti kukuh yang boleh mengesahkan pembentukan atas dasar lompt parti.
Ia bukan bermaksud tidak menerima usaha Anwar namun, rakyat lebih mahu jika sesuatu yang dirancang itu bukan setakat untuk dihebahkan tetapi menuju kejayaan yang memberi keuntungan kepada rakyat.
Namun menilai semula titik bengit ‘16 September’yang kini menanti ‘16 Oktober’ ada yang melihat sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Malaysia ini, persoalannya samada Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) seorang yang layak menjadi Perdana Menteri atau sebaliknya?
Pastinya di minda para penyokong Anwar, nama Ketua Umum KeADILan itu menjadi ratib untuk mengisi jawatan nombor satu negara kerana bagi mereka berdasarkan pengalaman Anwar benar layak mentadbir.
Begitupun ada yang secara jujur melihat bahawa untuk faedah kepada rakyat yang mahukan perubahan pimpinan kerajaan adalah lebih utama jika Pakatan Rakyat sementara membincangkan siapa bakal menjadi Perdana Menteri.
Persoalan siapa bakal menjadi Perdana Menteri seharusnya tidak timbul kerana pastinya muafakat antara parti-parti yang bersatu di bawah Pakatan Rakyat boleh menyelesaikan titik pertembungan yang kurang enak dibahaskan ini.









Komen Terbaru