Salam Perjuangan…
Terlihat, maksudnya bukan sengaja nak lihat , dalam TV1 , masa siaran langsung persidangan parlimen 14 oktober, selasa lepas habis tu ada pulak slot bicara dengan tetamu, kebetulannya ia terdiri daripada ahli parlimen, YB Pasir Mas, Ibrahim Ali, bersama dgn YB Batu Pahat
Dah TV depan meja makan, nak elak tak dapat, kena lah dengar lawak jenaka kedua-dua tetamu.
Apa yang nak dikatakan di sini, bukan isu baru, semua dah tahu dengan perangai YB Ibrahim Ali ni iaitu yang nak difokuskan seperti tajuk di atas adalah sangat berkait rapat dengan pendirian dan sikap YB ni sejak akhir-akhir ni
Intro
PRU – 12, baru-baru ni, beliau bertanding atas ehsan YB MB Kelantan, TGNA engan menggunakan tiket & lambang PAS.
Maknanya, PAS dengan seluruh kekuatan, jentera dan dibantu dengan PKR & DAP, bekerja keras memenangkannya.
Tidak mustahil, tanpa PAS & PR, beliau akan kalah.
Tidak lah diketahui, samada terdapatnya perjanjian hitam putih dengan TGNA atau tidak, tetapi sewajarnya sekali pun tidak ada, beliau harus tahu harga diri, reti membawa diri, menjaga penampilan dan pembawaan diri, serta seharusnya memelihara hubungan baik dengan TGNA, PAS & PR. Baca baki entri ini »












Komen Terbaru