Salam Perjuangan…
Kota Bharu : Parti Islam SeMalaysia (PAS) nampaknya mula ‘beralih angin’ dan semakin yakin terhadap ‘projek 16 September’ ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut satu laporan laman berita dalam talian.
Ini kerana pucuk pimpinan PAS telah bersetuju untuk menghantar lima pemimpin berprofil tingginya menyertai mesyuarat pembentukan kerajaan baru dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP), kata laporan Malaysiakini semalam.
Keputusan biro politik PAS minggu lalu itu direstui mesyuarat jawatankuasa pusat parti tersebut bersama ahli-ahli parlimennya kelmarin.
Selain Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin kanan yang diberi mandat mengetuai delegasi parti itu termasuk timbalannya, Nasharudin Mat Isa; dua naib presidennya, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu; serta Setiausaha Agungnya, Datuk Kamarudin Jaffar.
Nasharudin pernah dikritik kerana berunding dengan Umno tetapi tidak pernah dilaporkan terlibat dalam rundingan dengan gabungan tiga parti pembangkang itu, Pakatan Rakyat (PR). Mohamad pula pernah meragui rancangan Datuk Seri Anwar.
Sebelum ini, semasa mengulas rancangan Datuk Seri Anwar mahu mengambil alih kerajaan Malaysia pada 16 September lalu dan kemungkinan beliau dilantik perdana menteri di bawah kerajaan PR, Datuk Seri Abdul Hadi berkata beliau enggan menjadi ‘ahli politik Mat Jenin’.
Rundingan dengan Pakatan Rakyat sebelum ini dikuasai golongan prokerjasama PAS dengan pakatan pembangkang itu, seperti Datuk Husam, Kamaruddin, ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, dan bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli. Terus membaca ‘PAS Semakin Yakin Anwar Mampu Bentuk Kerajaan’












Komen Terbaru