Salam Perjuangan…
KUALA LUMPUR, 19 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkemungkinan tidak berpeluang untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri ekoran beberapa isu terkini yang dikaitkan dengan beliau.
Beberapa penganalisa politik berkata, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi biarpun ditekan hebat oleh pemimpin Umno agar berundur diri tidak akan melepaskan jawatan tersebut dengan mudah.
Sebaliknya, Abdullah kini sedang menyusun strategi untuk memerangkap Najib dengan pelbagai isu yang boleh memusnahkan impian anak bekas Perdana Menteri kedua itu untuk menerajui kerajaan.
Abdullah yang dibantu oleh menantu beliau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama geng tingkat empatnya sedang mengumpul sebanyak mungkin bukti penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Najib sepanjang memegang jawatan Menteri Pertahanan.
Pendedahan kelulusan pembelian helikopter Cougar EC 725 kepada syarikat Eurocopter dalam “keadaan meragukan” serta dakwaan salah guna kuasa dalam kes Altantuya dikatakan dirancang oleh Khairy dan ‘budak tingkat empat’.
Abdullah dilaporkan telah memanggil Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan baru-baru ini untuk meneliti hal ehwal tender pembelian helikopter tersebut.
“Keputusan Abdullah bertukar dari kementerian kewangan ke kementerian pertahanan kerana beliau mahu mendapatkan bukti untuk menjatuhkan Najib,” kata penganalisa politik yang enggan identitinya dikenali.
Kata penganalisa politik itu lagi, Najib sepanjang memegang jawatan Menteri Pertahanan telah membiarkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berkuasa hingga dikatakan memiliki pejabat sendiri di kementerian tersebut. Baca baki entri ini »






Komen Terbaru