Salam Perjuangan…
KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan cadangan untuk memansuhkan syarat pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam.
Menurut Mahathir ketika ini bukan masa yang sesuai untuk membuat sebarang perubahan.
“Saya fikir sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk membuat sebarang perubahan. Dunia pun huru-hara lagi,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai yang meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat penyenaraian awam bagi memastikan ia terus berdaya saing.
Tegasnya, perkara tersebut perlu dibincang dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu.
“Benda-benda macam ini patut bawa kepada BN, tak payah bincang di luar. Kalau kita isytihar orang akan mintak nanti,” katanya.
Ditanya adakah cadangan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera itu akan menggugat hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, Mahathir berkata:
“Kita sering bercakap mengenai hak orang Melayu dan Bumiputera tapi sebenarnya orang bukan Melayu pun ada hak dia juga.
“Jika kita ambil hak orang Melayu, kita juga kena ambil hak yang bukan Melayu pun…ini yang jadi masalah.”
Jelasnya isu tersebut perlu dibincang secara rasional dan tidak boleh ditumpu kepada satu pihak sahaja. Terus membaca ‘Dr. Mahathir Tidak Setuju Mansuh Ekuiti Bumiputera’













Komen Terbaru