Salam Perjuangan…
SHAH ALAM, 29 Nov – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zaid Ibrahim turut menjadi tetamu yang hadir dalam Perasmian Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di Stadium Malawati Shah Alam pagi ini.
Kehadiran Zaid bersama beberapa lagi tokoh politik termasuk Dato’ Yong Teck Lee dari SAPP dan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar mendapat tepukan gemuruh kalangan perwakilan yang menunggu di dalam Stadium.
Beberapa minit selang selepas kehadiran Zaid, Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiba dengan disambut laungan reformasi.
Sebelum ini Zaid menjadi menteri yang mencetus kontroversi berikutan meletakkan jawatan dalam isu ISA.
Peletakan jawatan beliau menjadi tanda tanya hingga ada yang menyatakan kemungkinan beliau akan menyertai Pakatan Rakyat.
Kongres pagi ini akan dirasmikan oleh Presiden KeADILan, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali gus beliau akan menyampaikan ucapan dasar kongres. Baca baki entri ini »








Komen Terbaru