Masalah Petrol Stesyen Minyak Mahu Menutup Operasi


Salam Perjuangan…

Kerajaan wajar menurunkan harga minyak petrol ke paras RM1.62 seliter berikutan trend penurunan harga minyak dunia semasa yang kini berada pada paras AS$64.10 setong.

Harga itu berdasarkan jangkaan Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar ketika diminta mengulas kewajaran paras harga petrol semasa jika mengikut pasaran minyak global terkini.

Namun kata Abdul Rahim, beliau yakin kerajaan mampu untuk menurunkan harga minyak pada paras yang lebih rendah..

Menurut beliau, ia tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana ketika harga minyak petrol dijual pada harga RM1.92 seliter sebelum ini, harga minyak di pasaran dunia adalah sekitar AS$78 setong.

“Jika diikutkan, kerajaan mampu turunkan harga petrol lebih rendah daripada RM1.92 seliter kerana harga minyak di pasaran dunia dijangka turun lagi,’’ katanya.

Sebanyak 130 stesen minyak mini di Kedah dan Perak tidak beroperasi sejak Jumaat lalu apabila terputus bekalan bahan api itu, sekali gus menyukarkan pengguna di kawasan luar bandar.

Tinjauan di sekitar Pendang, kelmarin, mendapati hampir semua stesen minyak mini meletakkan notis kehabisan minyak atau menutup premis berikutan terputus bekalan, manakala sebahagian lagi bekalan hampir habis.

Pengarah Urusan Konsortium Ikatan Pengedar Terus Bumiputera (KIPTB) Kawasan Utara, Halim Ibrahim, berkata masalah itu dipercayai berpunca sejak tugas pengurusan di kawasan ini diambil alih oleh ibu pejabat syarikat berkenaan di ibu negara, Khamis lalu.

“Sejak konsortium di ibu pejabat mengambil alih, peniaga stesen minyak mini tidak mendapat bekalan walaupun mereka sudah membuat bayaran.

“Sebelum ini, ketika kerja pengedaran bekalan dilakukan KIPTM Kawasan Utara, masalah ini tidak pernah berlaku.

“Saya terpaksa memulangkan semula bayaran tempahan yang sudah dikutip, apabila bayaran itu tidak dapat disalurkan ke ibu pejabat selepas akaun KIPTM Kawasan Utara tidak lagi berfungsi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, seorang pengusaha stesen minyak mini di Kampung Tok Set, Pendang, Charen a/l Tong, 38, berkata beliau sudah membuat pembayaran sebanyak RM11,892 pada 27 Oktober lalu untuk mendapatkan bekalan sebanyak 5,460 liter minyak petrol.

“Sepatutnya saya menerima bekalan pada 29 Oktober, tetapi sehingga kini tiada bekalan dihantar.

“Ketiadaan bekalan ini bukan saja menyebabkan saya terpaksa menutup kedai, malah pengguna di kawasan pedalaman juga menghadapi kesukaran kerana mereka terpaksa pergi jauh ke bandar untuk mengisi minyak,” katanya.

………

Seorang lagi pengusaha stesen minyak mini di Sungai Tiang, Nasri Osman, 43, berkata beliau terpaksa menutup premisnya sejak Jumaat lalu selepas kehabisan minyak.

“Saya difahamkan bekalan akan pulih dalam tempoh dua atau tiga hari lagi, itu pun belum dapat dipastikan,” katanya.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Mohd Salleh Maamor ketika dihubungi berkata, beliau ada menerima beberapa aduan daripada pengusaha stesen minyak mini itu sejak Jumaat lalu.

“Saya sudah maklumkan ke ibu pejabat KPDNHEP dan satu perbincangan akan diadakan bagi mengatasi masalah itu,” katanya. - malayadaily

About these ads

Posted on 18 November 2008, in Berita, Berita Terkini, Isu Semasa, Minyak, Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,772 other followers

%d bloggers like this: