DAP Anti Melayu Isu Memainkan Api Perkauman – Anwar

1 12 2008

Salam Perjuangan…

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam pimpinan Umno yang terus memainkan api perkauman seolah-olah mereka jaguh Melayu sebenar.

Ketua Pakatan Rakyat(PR) itu berkata demikian dalam ucapan sempena Kongres Nasional PKR ke lima di sini, hari ini.

Menurut beliau, semua pemimpin pelbagai kaum dalam PKR tidak pernah mempertikai apa yang termaktub dan digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Bagaimanapun sudah ada jaguh-jaguh baru Melayu yang cuba meniup sentimen perkauman dengan mengaitkan DAP sebagai anti Melayu ketika mereka berucap di Parlimen,” ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Jelasnya, Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah dan Sarawak tidak perlu apolegetik untuk bermaafan dengan mengatakakan kami (anggota PR) tidak lupa dasar yang termaktub dalam perlembagaan di negara kita.

“Itu dasar kita dan Kita harus jawab serangan mereka,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas ucapan dasar, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, menjelaskan bahawa, polisi PR jika menguasai Putrajaya ialah mengembalikan kuasa penentu Majlis Raja-raja bukan kuasa ‘kebal’ kepada golongan bangsawan tersebut.

“Kita tidak sesekali berkomprami atau toleransi dalam soal jenayah walaupun ia melibatkan golongan diRaja,” tambah beliau.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali, Ketua Penerangan Tian Chua dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. - malayadaily





Pemuda PAS Pelawa Dr. Asri Sertai PAS

1 12 2008

Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Dewan Pemuda PAS Pusat mengajak bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul menyertai PAS bagi memudahkan beliau melaksanakan misi dan visi menyebarluaskan ajaran Islam kepada masyarakat.

Harapan itu dinyatakan oleh Timbalan DPPP, Ustaz Nasharuddin At-Tantawi ekoran berakhirnya jawatan Mufti pada 30 November lalu yang diamanahkan kepada Dr Asri selama dua tahun.

Menurut beliau, sebelum ini Dr Asri pernah mencuba satu ruang bersama pihak kerajaan melalui Jabatan Mufti memainkan peranan membawa fahaman Islam kepada masyarakat.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan kekangan daripada pihak kerajaan apa yang dihasratkan itu tidak terlaksana.

“Kenapa Dr Asri tidak mencuba satu peluang bersama gerakan Islam (PAS) untuk memperjuangkan Islam. Mudah-mudahan beliau lebih berpeluang untuk melaksanakan misi dan visi membawa Islam kepada masyarakat,” tegasnya.

Nasharuddin turut melahirkan kekecewaan kepada pihak Utusan Malaysia yang tidak membenarkan ruangan Mufti disambung oleh mufti lain sebaliknya diganti dengan Awang Selamat. Baca baki entri ini »





Arif Shah Timbang Tawaran PKR

1 12 2008

Salam Perjuangan…

PETALING JAYA : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah masih mempertimbangkan tawaran untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Arif Shah berkata, beliau memerlukan masa untuk meneliti tawaran tersebut dari pelbagai sudut.

Antara lain, kata Arif Shah, beliau ingin melihat sama ada Umno masih memerlukan khidmatnya.

“Jika betul, mereka perlu bekerja secara sama… jangan menindakkan usaha ikhlas saya untuk memberi khidmat kepada masyarakat,” kata beliau menjelaskan soalan mengapa tidak menolak tawaran tersebut.

Awalnya beliau memberitahu masih meneliti perkara tersebut.

“(Tawaran) tak tolak (terus),” katanya.

Kata Arif Shah, tawaran itu diterima menerusi seorang individu yang dekat dengan PKR baru-baru ini. Baca baki entri ini »





Pilihan raya kecil : SPR bertemu waktu terdekat

1 12 2008

Salam Perjuangan…

PETALING JAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk memutuskan pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat.

Pemangku Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sehingga pagi ini (pukul 10.30 pagi) pihaknya belum menerima notis mengenai kekosongan kerusi itu.

“SPR tidak akan melengah-lengahkan untuk mengadakan pilihan raya kecil… sebaik sahaja menerima notis, kami akan memanggil mesyuarat khas,” katanya.

Ia merupakan pilihan raya kecil kedua selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Pilihan raya kecil sebelum ini ialah Permatang Pauh, yang dimenangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika ditanya sama ada mesyuarat itu akan diadakan minggu ini, Wan Ahmad berkata, “kita akan memutuskan sebaik sahaja Speaker Dewan Rakyat memaklumkan tentang kekosongan.”

Pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan. Sama ada pilihan raya kecil itu akan disegerakan, beliau berkata, ia akan diputuskan oleh panel anggota SPR. Baca baki entri ini »





PPP Ugut, BN Melatah

1 12 2008

Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 1 Dis – “Barisan Nasional (BN) tidak perlu tunduk kepada sebarang ugutan jahat daripada mana-mana parti komponennya, dan Kayveas telah berkali-kali membuat ugutan seumpama itu semata-mata hendak mendapatkan sokongan murahan penyokongnya.”

Demikian tegas Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, dalam satu kenyataan yang dipetik Bernama hari ini.

Menurutnya,Parti Progresif Penduduk (PPP) disaran keluar daripada BN sekarang tanpa perlu menunggu pilihan raya umum ke-13.

Katanya, kenyataan presiden parti itu Dato’ M Kayveas semalam bahawa PPP akan keluar daripada BN jika kerajaan tidak meminda Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) sebelum pilihan raya umu ke-13, adalah berbaur ugutan jahat dan amat menyakitkan hati.

“BN tidak perlu tunduk kepada sebarang ugutan jahat daripada mana-mana parti komponennya…,” katanya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim itu berkata, BN akan berasa lega jika PPP keluar daripada komponen BN sekarang kerana parti itu sudah lama menjadi duri dalam daging kepada BN sejak Kayveas menjadi presidennya.

“Kayveas perlu menerima hakikat bahawa PPP mampu bernafas ketika ini kerana berada dalam komponen BN, dan jika keluar daripada BN, rakyat tidak akan mempedulikannya lagi,”katanya. - harakadaily

Umno ni dia anggap dia jer yang betul, orang lain tu tak boleh pakai. Tak boleh nak dengar orang kata, degil sungguh. Bila orang kata ISA hanya tu tak sesuai untuk dipakai pada masa sekarang, dia orang cakap tak ada masalah, tak zalim pun. Inilah dia sikap / sifat sebenar Umno, asal parti mereka terjamin semuanya ok. Renung-renungkanlah.





Salah guna kuasa punca Arif Shah mahu sertai KeADILan

1 12 2008

Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR,1 Dis – Umno bakal menerima tamparan hebat apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dato’ Arif Shah Omar Shah yang pernah mencabar Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh lalu sedang mempertimbangkan untuk menyertai parti KeADILan.

Menurut laporan, Arif Shah berada dalam keadaan dilema sama ada ingin terus kekal bersama Umno atau menyertai pembangkang setelah mengaku mendapat tawaran untuk melompat parti.

Menurut beliau yang tewas kepada Penasihat KeADILan 26 Ogos lalu, turut dijanjikan ganjaran jika bersetuju untuk menyertai pembangkang.

Arif Shah sebelum ini dilaporkan terkilan dengan tingkah laku Ketua Umno bahagian itu yang mengetepikannya dalam setiap urusan pentadbiran parti itu di peringkat bahagian.

Katanya, beliau kecewa kerana sebagai ADUN Seberang Jaya, beliau tidak dilantik sebagai ahli tambahan dalam Jawatankuasa Bahagian, selain tidak diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai.

Diminta mengulas lanjut sebab-sebab yang mendorongnya melompat kepada parti pembangkang itu, Arif Shah berkata penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan oleh pemimpin Umno yang menghalangnya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. - harakahdaily





‘Projek 16 September’ diteruskan, ‘gegarkan’ Sarawak!

1 12 2008

Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memilih Sarawak sebagai usaha terbaru menjadikan ‘projek 16 September’ menukar kerajaan persekutuan satu kenyataan.

“Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang,” kata Anwar dalam ceramah khas malam tadi bersempena Kongres Nasional kelima parti itu selama dua hari di Shah Alam.

Ini merupakan kempen terbaru Penasihat KeADILan itu yang dilancarkan selepas pelan asalnya berhubung isu pertukaran kerajaan, berlalu 16 September lepas.

Difahamkan pengumuman itu berikutan sambutan baik 12,000 penduduk Sarawak yang dilaporkan menyertai parti itu dua minggu lalu.

Anwar berkata, tarikh 16 September itu, merupakan sasaran ke arah membina satu kekuatan bagi menubuhkan kerajaan baru bersama dengan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, mengambil alih kerajaan bukan perkara mudah dan menasihatkan agar rakyat bersabar menunggu masanya. Baca baki entri ini »





Umno tidak mampu bertahan, biar ia reput

1 12 2008

Salam Perjuangan…

TEMERLOH, 1 Dis – Talian hayat pemerintahan Umno sudah tidak mampu bertahan lama justeru Pakatan Rakyat perlu menunggu sedikit masa dengan persiapan untuk menguasai pemerintahan di Negara ini kata Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang.

Menurut Ustaz Ahmad,sambutan masyarakat berbilang kaum terhadap PAS amat mengusarkan pemimpin Umno.

“Pertumbuhan kelab penyokong PAS macam cendawan sekarang membuktikan semakin ramai golongan bukan Islam menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Keadaan ini amat membimbangkan Umno.

“Umno pun kini tak ada kekuatan untuk perintah kerana mempunyai kelebihan kerusi Parlimen yang amat kecil di semenanjung. Mereka hanya bergantung atas kekuatan rakan Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak. Inilah talian hayat Umno saja lagi. Kita tak payah buat apa kita biar dia reput sendiri,”katanya dalam lawatan kerja ke negeri Pahang di program dialog bersama ahli kelab penyokong PAS, di Pusat pentadbiran PAS Kawasan Temerloh, Taman Temerloh Jaya, dekat sini, baru-baru ini.

Tambah Ustaz Ahmad Awang, kekangan ekonomi yang teruk akibat ketidak tentuan politik Negara semakin menyempitkan kehidupan rakyat dan ini menambah kegusaran pemimpin Umno.

“Ekonomi Negara begitu teruk kerana keadaan politik dalam Negara yang semakin kacau ditambah pula kejatuhan ekonomi dunia yang jatuh. Ini menjadikan kedudukan Umno sebagai kuasa pemerintahan tidak diyakini rakyat,”katanya. - harakahdaily





Azmi, mana laporan Eurocopter ?

1 12 2008

Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Penasihat DAP Lim Kit Siang kesal dengan sikap Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Dato’ Seri Azmi Khalid yang sehingga kini belum lagi mengemukakan laporan skandal Eurocopter ke Parlimen seperti yang dijanjikan 11 November lalu.

Katanya Azmi telah berjanji akan mengemukan laporan siasatan RM1.6 billion perjanjian pembelian Eurocopter dalam tempoh ‘dua atau tiga hari’.

“Bagaimana dua tiga hari telah menjangkau selama tiga minggu lebih…Dan tiada tanda-tanda laporan itu akan dikemukakan sedangkan sudah hampir 50 hari laporan berkaitan Eurocopter tersebut masih belum dikemukakan?,” kata Kit Siang dalam satu kenyataannya hari ini.

Selain Eurocopter, Azmi juga dilaporkan akan mengemukakan hasil siasatan berhubung ini skandal Bank International Indonesia (BII) dan perjanjian ‘High Speed broadband’ (HSBB) ?

Sehubungan dengan itu beliau menggesa supaya diadakan satu siasatan terhadap PAC berhubung hasil siasatan jawatankuasa itu yang melibatkan skandal kewangan kerajaan di samping kelemahan dan sikap Azmi selaku pengerusi PAC. Baca baki entri ini »





Hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis..

1 12 2008

Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 1 Dis – ‘Hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis. Ini bererti, Pena Mufti kali ini adalah Pena yang akhir daripada saya bagi ruangan ini. Menjelang jam 12 malam ini (pagi tadi), maka tamatlah tugasan saya sebagai seorang mufti di Negeri Perlis.

“Kepada yang dikasihi…insya Allah, pada jam 10.45 pagi esok (Hari ini) saya akan bertolak ke United Kingdom bagi cuti sabatikal saya selama sembilan bulan. Tolong doakan saya.”

Demikian sistem pesanan ringkas yang ditulis bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin kepada Harakahdaily tengah malam semalam.

Sebelum berangkat ke UK, beliau sempat mencoretkan pengalaman pahit manisnya sewaktu menjawat jawatan itu selama dua tahun di dalam laman web peribadinya.

Antaranya difitnah oleh mereka yang dikatakan memegang ‘jenama agama’ seperti menumbuk imam di Perlis dan menyatakan beliau dibantu oleh Amerika Syarikat.

Bahkan katanya rakan-rakan sejawatan beberapa negeri turut menghalang beliau berceramah di dalam negeri masing-masing. Baca baki entri ini »