Salam Perjuangan…
KUALA LUMPUR : Parti Progresif Penduduk (PPP) bebas membuat pilihan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) jika itulah pilihan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
“Jika itu pilihan mereka, apa yang kami boleh buat?” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn di sini hari ini.
PPP telah mendesak supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipinda sebelum Pilihan Raya Umum ke13 ataupun parti itu akan keluar daripada BN.
Abdullah berkata kerajaan tiada perancangan untuk meminda akta tersebut.
Presiden PPP, Datuk M. Kayveas tidak hadir pada mesyuarat hari ini dan menghantar wakilnya.
Ditanya sama ada mesyuarat berkenaan ada membincangkan isu sensitif, Abdullah yang juga Pengerusi BN berkata pelbagai isu sensitif dibincangkan tetapi tidak perlulah disenaraikan. Baca baki entri ini »








Komen Terbaru