Salam Perjuangan…
KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ketua dan Timbalan Muslimat PAS Pusat menyokong cadangan peribadi Mursyidul Am PAS yang mahu Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dikekalkan menjadi calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Ketuanya, ustazah Nuridah Mohd Salleh berharap pihak PAS harus mengekalkan calon lama (Mohamad Sabu) kerana pilihan raya umum baru saja berlangsung dan tidak salah jika pihak PAS meneruskan calon tersebut.
Menurut beliau, jika pihak PAS mahu mengatakan kekalahan yang berlaku di Parlimen Kuala Terengganu itu disebabkan calon orang luar, amat tidak adil kerana Parlimen di Terengganu hanya menang satu kerusi saja iaitu di Marang.
“Banyak kerusi DUN dan Parlimen yang meletakkan calon tempatan pun kalah,” luahnya ketika di temui di lokasi runtuhan tanah Bukit Antarabangsa.
Sebenarnya kelebihan Mohamad Sabu terbukti bukan sahaja petah berbahas tetapi dapat mematahkan hujah pihak lawan (BN) ketika menjadi Ahli Parlimen dahulu, tegas Nuridah.
Beliau meluahkan, sayang jika pihak PAS tidak mengambil kesempatan ini untuk menaikan imej PAS dengan ketrampilan yang ada pada Mohamad Sabu. Baca baki entri ini »


.jpg)





Komen Terbaru