Salam Perjuangan…
KUANTAN – Susulan daripada laporan kami perihal “Edisi Pahang: Laporan Tidak Adil, Sinar Harian Perlu Siasat Wartawan Jadi Exco Puteri UMNO !!” baru-baru ini. Maka ramailah pihak tertentu yang marah dan tidak berpuas hati dengan laporan tersebut. Ada yang menyokong, memuji dan tidak kurang pula yang mengeji. Kami terima semua itu dengan berlapang dada. Untuk maklumat, laporan itu bukan dibuat sesuka hati semata-mata. Krew kami di Jengka telah mendapat maklumat daripada seorang pemimpin tertinggi PAS di sana. Mana mungkin pemimpin terbabit mahu berbohong dengan semua ini. Tambahan pula beliau cukup di kenali di seluruh negara. Memang segalanya ini kenyataan yang lahir dari kekesalan dan kekecewaan beliau sendiri akan hal ini. Dipendekkan cerita, laporan kami adalah berdasarkan kepada suara seorang pemimpin yang bertaraf ulamak dan sering mengajar pengajian agama disana. Kami tidak mahu bergantung dengan komen puak-puak UMNO dalam hal ini. Kerana kami lebih yakin kepada penjelasan pemimpin terbabit. Kami lebih tahu yang mana intan dan yang mana kaca. Setakat laporan daripada rakan-rakan dalam UMNO bahawa perkara ini tidak terjadi ia tidak boleh diterima bulat-bulat kerana majoriti orang UMNO yang bercakap hal ini adalah terlibat dengan “rasuah” dan “politik” wang, bermakna mereka itu munafik berbanding dengan pemimpin PAS terbabit yang dilihat lebih bersih dari amalan tersebut. Baca baki entri ini »









Komen Terbaru