Arkib untuk 29 Disember 2008

29
Dis
08

Ceramah Perdana Mansuhkan ISA

Salam Perjuangan…

29
Dis
08

Akan Sampai Masanya, Hudud Akan Di Terima

Salam Perjuangan…

Kuala Terengganu – Suatu masa nanti, akan tiba masanya dimana semua pihak akan menerima perlaksanaan undang-undang Islam termasuk Hudud dan Qisas.

“Tak apalah, akan sampai masanya, kita tanam ubi kalau ubi setela kan, ubi keledek ni tiga bulan boleh makan, tapi kalau tanam kelapa sepuluh tahun boleh makan, “projek besar kita tengok, Islam ni projek besar, sepuluh tahun dua puluh tahun, nabi Muhammad 23 tahun, saya ni dua puluh tahun doh, pelik apa kalau lambat sikit,” kata Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat kepada para wartawan selepas Majlis Pelancaran Jentera Bantuan dari Negeri Kelantan bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, di Masjid Hiliran, di sini semalam. Terus membaca ‘Akan Sampai Masanya, Hudud Akan Di Terima’

29
Dis
08

Hudud hanya untuk orang Islam

Salam Perjuangan…

SHAH ALAM, 28 Dis – Memahami keresahan masyarakat bukan Islam, Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa pelaksanaan Hudud hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.

Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, katanya.

“PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.

“Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen ‘Jom Sertai Pas’ di Dataran Shah Alam semalam.

Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian. Terus membaca ‘Hudud hanya untuk orang Islam’

29
Dis
08

Demam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu

Salam Perjuangan…

Hampir berminggu blog saya tidak ter‘update’ gara-gara demam yang berpanjang bermula pada hari raya qurban yang pertama. Mungkin Allah nak hapuskan dosaku yang terlalu banyak kepadaNya, atau mungkin juga kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang hampir tiba, atau mungkin juga kerana zaujah (isteriku) yang tersayang mengandungkan zuriatku yang ketiga.

Mungkin secara kebetulan anakku yang lahir dikandung oleh isteriku semuanya semasa pilihan raya berlaku, anak pertama dalam PRK DUN Pengkalan Pasir, kedua pilihan raya umum ke 12 dan yang ini pula PRK Parlimen Kuala Terengganu. Saya berdoa semoga semua anak-anakku menjadi pejuang Allah pada masa akan datang, insya Allah.

Banyak isu yang hangat berlaku dalam masa saya demam ni, dari isu harga getah dan kelapa sawit merudum, pengeboman yahdi ke atas bumi Palastin yang disokong oleh Amerika (la’natullah), isu hudud yang diambil kesempatan oleh Umno, royalti minyak kembali kepangkuan kerajaan Terangganu menjelang PRK dan banyak lagi yang menghiasi dunia idak dapat saya ulas. Saya rasa ketinggalan sangat dalam semua hal. Terus membaca ‘Demam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu’




Statistik Pengunjung

  • 61,088 pengunjung bermula 14 Jun 2008

User Online

hit counters

Selamat Datang

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog peribadi saya. Segala komen / cadangan amatlah dialu-alukan. Harapan saya semoga dengan kelahiran blog ini memberi manafaat buat semua. Sebarang pendapat atau buah fikiran yang hendak dikongsi dan dipaparkan boleh dikirim melalui e-mail ke han1f@msn.com / han1f_78@yahoo.com.my.


Taqwim Miladi

Disember 2008
A I S R K J S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Dana Aktiviti JABATAN AMAL KELANTAN

Sumbangan ikhlas anda amatlah dialu-alukan bagi kegunaan dana aktiviti semasa seperti banjir, bencana alam, kebajikan dan sebagainya yang melibatkan program kemasyarakatan . Segala sumbangan boleh diberikan di atas nama "Jabatan Amal Kelantan", BIMB - 03018010118457

Daftar Pemilih

Pelawat