Daily Archives: 2 Februari 2009

Kenapa Mengelak Pilihanraya Kecil?


Salam Perjuangan…

Semalam PM mengesahkan adanya ADUN PR dari Perak akan menyertai UMNO. Bilangan tidak disahkan.

Penyertaan mereka, kata Abdullah, kerana mereka percayakan UMNO/BN.

Kenyataan ini, membawa maksud BN boleh menerima konsep pertukaran kedudukan parti. Undang-undang lompat nampaknya bukan pilihan BN bila ada ADUN atau MP yang akan menyertai BN.

Petangnya, Speaker DUN Perak dikatakan menerima surat pengosongan kerusi dua ADUN yang disebut ‘hilang’ kerana ‘dikurung’ dan gagal dihubungi.

Berita pengosongan kerusi dua ADUN berkenaan segera menggemparkan negara. Jam sepuluh malam tadi, bekas ADUN Behrang tiba-tiba muncul dari ‘kurungan’ atau kehilangan misteri. Beliau tiba-tiba ada. Beliau menafikan bersetuju meletakkan jawatan ADUN. Beliau mengesahkan akan keluar dari PKR tetapi akan menjadi ADUN bebas. Read the rest of this entry

Peluang terbuka kepada lebih ramai wakil rakyat BN sertai PR


Salam Perjuangan…

Sikap para pemimpin Umno membuka peluang kepada lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) membuat keputusan menyertai Pakatan Rakyat (PR), kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, jika para pemimpin Umno dan BN boleh menerima ADUN PR melompat parti menyertai parti pemerintah itu, mereka tidak lagi boleh bercakap mengenai undang-undang anti lompat malah mereka tidak lagi boleh menyekat lebih ramai ADUN dan Ahli Parlimen mereka menyertai PR.

“Jika Umno dan BN boleh menerima adanya ADUN PR menyeberangi parti itu, Umno dan BN sepatutnya tidak lagi boleh menyekat ADUN dan Ahli Parlimen mereka lebih ramai menyertai PR.

“Ini peluang terbuka kepada lebih ramai ADUN dan Ahli Parlimen Umno dan BN membuat keputusan mereka dalam masa terdekat, lebih-lebih selepas patern pemilihan UMNO selesai akhir Mac ini,” kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu. Read the rest of this entry

Tingkat keselamatan elak terperangkap strategi kotor BN


Salam Perjuangan…

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Negeri Selangor perlu mempertingkatkan keselamatan diri dan keluarga untuk mengelak terperangkap dengan strategi kotor pimpinan BN.

Demikian peringatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Perancangan Bandar dan Setinggan, Iskandar Abd Samad berikutan perkembangan terkini politik di Perak yang melibatkan dua Adun dari KeADILan.

Mengulas situasi itu katanya, pada tahun 1960an Adun-Adun PAS Kelantan pernah diculik dan dipaksa untuk menyokong Umno dan ia merupakan satu usaha untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan ketika itu.

Bagaimanapun beliau berkata, usaha itu gagal setelah beberapa orang Adun yang diculik menukar fikiran di saat akhir sebelum undi tidak percaya dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN). Read the rest of this entry

Umno Mungkin Boikot Pilihan Raya Kecil?


Salam Perjuangan…

Tak usahlah nak pening kepala memikirkan status surat perletakan jawatan 2 bekas ADUN PKR yang telah diumumkan oleh Speaker DUN Perak.

Mereka berdua bukannya tidak tahu tentang kewujudan surat itu kerana mereka sendiri yang menandatangani surat tanpa bertarikh itu sejurus selepas kerajaan Pakatan Rakyat berjaya ditubuhkan di negeri Perak.

Yang tidak tahu tentang kewujudan surat itu adalah Najib, Zahid Hamidi dan Abdullah Badawi. Mereka ni langsung tak sedar yang Anwar sedang mengenakan mereka.

Habis tu, kenapa 2 bekas ADUN PKR itu beria-ia menafikan status surat itu dan sanggup membawa kes itu ke mahkamah? Read the rest of this entry