Mereka Digantung Bersama Misteri Kematian Altantuya Yang MasihTergantung


Salam Perjuangan…

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya.

Hari ini Azilah dan Sirul dihukum mati. Beberapa tahun dahulu, Altantuya diletupkan dengan kejam. Seorang sudah meninggal, dua lagi bakal menyusul.

Jika Azilah dan Sirul TIDAK dihukum mati, jika mereka dibebaskan, mereka berpeluang menceritakan ‘kisah benar’ di sebalik pembunuhan wanita Mongolia itu untuk tatapan masyarakat. Tetapi kini mereka dihukum mati, soalan tidak terjawab.

Selepas Azilah dan Sirul dihukum mati kelak, tentu ada yang berharap kes ini dilupakan masyarakat. Tetapi manusia berakal tidak akan melupakan seorang Altantuya yang dibunuh dengan begitu kejam. Masyarakat akan terus tertanya-tanya: apa motif kedua orang polis berpangkat rendah itu membunuh Altantuya? Masyarakat tidak hairan jika Azilah dan Sirul membunuh nyamuk atau lalat, tetapi membunuh seseorang yang mereka akui tidak mengenalinya adalah sesuatu yang sangat aneh.

Walaupun Azilah dan Sirul dihukum mati, tetapi yang hidup akan terus tertanya-tanya soalan yang gagal dijawab oleh mahkamah: apa motif Altantuya dibunuh, mengapa dia begitu bahaya hingga perlu diletupkan sedemikian rupa, idea terkutuk siapakah yang begitu kejam memilih Altantuya kematian begitu dan sebagainya.

Azilah dan Sirul mungkin mati di tali gantung bersama misteri kematian Altantuya yang masih tergantung. Dan selagi soalan masih tergantung, pelbagai andaian masih diperkatakan. – pendikar gunung kriang

About these ads

Posted on 10 April 2009, in Semasa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,772 other followers

%d bloggers like this: