Arkib untuk 8 Julai 2009

08
Jul
09

Manek Urai : Menteri buat tuntutan elaun ketika datang berkempen?

Salam Perjuangan…

Mungkinkah kedatangan begitu ramai menteri ke Manek Urai sekarang menggunakan wang hasil cukai dibayar rakyat. Malah pernah berlaku pemimpin kerajaan dari Melaka membuat tuntutan elaun ketika berkempen pada pilihan raya kecil di utara.

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, PAS bimbang dengan kehadiran begitu ramai menteri ke Manek Urai sekarang dikhuatiri menggunakan wang kerajaan.

“Ada kes di mana pemimpin yang datang berkempen membuat tuntutan perjalanan dan pelbagai elaun lain. Ada rekod mengenai perkara itu. Ini yang kita bimbang sekiranya berulang di Manek Urai sekarang.

“Ini secara jelas menggambarkan penggunaan jentera kerajaan begitu berleluasa sekali dalam pilihan raya,” katanya pada persidangan media di Markas Induk PAS di sini, hari ini. Terus membaca ‘Manek Urai : Menteri buat tuntutan elaun ketika datang berkempen?’

08
Jul
09

Manek Urai : Umno lepas geram, tuduh tok guru nyanyuk

Salam Perjuangan…

Kenyataan Umno-BN yang menuduh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai nyanyuk kerana tidak bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan mencerminkan keadaan mereka yang sedang melepaskan geram.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu dalam satu ceramah ketika kempen calon di Padang Chuchuh Puteri A semalam, menyifatkan kenyataan tersebut lahir daripada mereka yang sedang marah serta tidak rasional.

“Itu kenyataan orang yang lepas geram, kalau saya nyanyuk bagaimana saya boleh menyampaikan ceramah pada malam ini?” tegasnya kepada lebih 3,000 orang yang datang mendengar padang ceramah tersebut. Terus membaca ‘Manek Urai : Umno lepas geram, tuduh tok guru nyanyuk’

08
Jul
09

PR Perak Tidak Teringin Untuk Terima Osman dan Jamalauddin

Salam Perjuangan…

Hj Nizar memang cuba menghubungi Jamaluddin dan Osman tengah malam hari tu, tetapi tidak dijawab oleh mereka. Hj Nizar cuba mengubungi bukan nak pelawa mereka berdua menyertai semula PR. Di Ipoh, minggu lepas heboh kononnya dua orang ini menghilangkan diri sehingga tidak dapat dihubungi oleh UMNO.

Dari sumber-sumber UMNO, mereka tidak dapat dihubungi dan tidak dapat dikesan di mana mereka berada. Ada maklumat mengatakan, mereka sengaja berbuat demikian kerana marah terhadap UMNO yang tidak tunaikan janji untuk jawatan EXCO dan sejumlah wang yang ditawarkan kepada mereka. Terus membaca ‘PR Perak Tidak Teringin Untuk Terima Osman dan Jamalauddin’

08
Jul
09

Manek Urai : Perkembangan Politik Tanah Air Dari Perspektif Nik Aziz

Salam Perjuangan…

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah benteng utama parti itu. Beliau juga adalah pemacu unggul kerajaan Kelantan.

Idea-idea politiknya bernas. Setiap pertimbangan dan perkembangannya digarap bersandarkan al-Quran, Sunnah dan Realiti politik hari ini.

Demi mengetahui bagaimana beliau menafsirkan perkembangan politik tanah air, wartawan SUARA KEADILAN, MOHD NAJIB HASHIM menemubual Menteri Besar Kelantan ini.

Perkembangan politik Malaysia nampaknya menjurus kepada persaingan dua parti iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Apa komen Datuk? Terus membaca ‘Manek Urai : Perkembangan Politik Tanah Air Dari Perspektif Nik Aziz’

08
Jul
09

Hishammuddin Bohong, Kaitkan Harimau Tamil

Salam Perjuangan…

Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy marah dengan pembohongan berterusan yang disebarkan kerajaan bahawa beliau mencari sokongan pertubuhan pengganas untuk membantu gerakannya.

Tuduhan palsu terakhir oleh kerajaan tercetus minggu lalu apabila Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein memberitahu Parlimen, Waythamoorthy telah meninggalkan Malaysia pada 28 November 2007 untuk mencari sokongan antarabangsa dan mengatur usaha untuk bertemu pemimpin Harimau Tamil (Tamil Tigers).

P Waythamoorthy dan polis 231107 “Ini sama sekali merepek. Saya cabar menteri untuk memberi bukti perkara ini secara terbuka, jika memang dia ada,” P Waythamoorthy. Beliau kini berada di New Delhi, India dan akan kembali ke pengkalannya di London akhir minggu ini.

Beliau meninggalkan Malaysia apabila kerajaan menyerbu Hindraf pada akhir 2007. Sejak itu, beliau memimpin gerakan tersebut dari London. Terus membaca ‘Hishammuddin Bohong, Kaitkan Harimau Tamil’

08
Jul
09

Manek Urai : Kempen Media Tonjol Perbezaan PR-BN Berjaya

Salam Perjuangan…

Proses mencelikkan rakyat akan perbezaan pemikiran, pendekatan dan pelaksanaan program politik di antara Pakatan Rakyat (PR) dengan Barisan Nasional (BN) memang amat kritikal kepada usaha menjamin keluhuran amalan dan lanskap politik negara. Ia perlu dilakukan dalam skala besar dan sungguh-sungguh demi memastikan rakyat akan dapat membuat keputusan dan pemilihan lebih bijak menjelang pilihanraya umum ke-13 yang dijangka tiga tahun lagi.

Bagaimanapun proses ini kini nampaknya semakin mudah dan berkesan kerana ia ditaja dan dilaksanakan dengan gigihnya oleh media arus perdana. Memang sejak 8 Mac tahun lalu, media arus perdana sentiasa mengintai kesempatan untuk merapuhkan perpaduan yang cuba dibina oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Terus membaca ‘Manek Urai : Kempen Media Tonjol Perbezaan PR-BN Berjaya’

08
Jul
09

Ustaz Halim Ramli meninggal dunia

Salam Perjuangan…

Pendokong perjuangan Islam di Tanah Merah dikejutkan dengan kematian ketua penerangan kawasan itu, Ustaz Abdul Halim Ramli, 44 kira-kira jam 8 pagi tadi.

Beliau meninggal dunia di Hospital Tanah Merah akibat serangan jantung dan penyakit paru-paru berair. Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan dua hari lalu, meninggalkan enam anak dan seorang balu.

Jenazahnya akan disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Batu 9, Batang Merbau selepas solat Asar petang ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Tanah Merah, Nordin Ismail berkata, semasa hayatnya Allahyarham seorang yang aktif dalam perjuangan Islam dan kegiatan kemasyarakatan. Terus membaca ‘Ustaz Halim Ramli meninggal dunia’

08
Jul
09

Manek Urai : Masa untuk rakyat nilai KPI Najib

Salam Perjuangan…

Seratus hari pentadbiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak nampaknya tidak memberi apa-apa perubahan terutama dalam merangsangkan ekonomi negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan (Paroi) Taufek Abudl Ghani berkata, Najib lebih berminat melaungkan slogan 1Malaysia berbanding berusaha untuk memulihkan ekonomi negara.

“Saya lihat Najib tidak ada perkara baru yang diketengahkan sepanjang 100 hari pentadbiran beliau selain lontarkan slogan 1 Malaysia,” katanya semasa dihubungi.

Tegasnya, inilah masa yang sesuai untuk rakyat melihat Petunjuk Indeks Prestasi (KPI) Najib bagi menilai kemampuannya sepanjang menerajui negara sehingga hari ini. Terus membaca ‘Manek Urai : Masa untuk rakyat nilai KPI Najib’

08
Jul
09

Manek Urai : Umno guna pelajar kejururawatan untuk berkempen

Salam Perjuangan…

Umno akan menggunakan pelajar-pelajar kolej kejururawatan di Pengkalan Chepa untuk membantu kempen mereka di Manek Urai, dedah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob.

Selain pelajar-pelajar kolej kejururawatan itu, pelajar-pelajar, pensyarah dan kakitangan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga dikerahkan untuk berkempen bagi pihak Umno di Manek Urai.

“Saya mendapat maklumat bahawa Umno akan menggunakan pelajar-pelajar sebuah kolej kejururawatan di Pengkalan Chepa selain pelajar, pensyarah dan kakitangan IPTA negeri ini untuk berkempen di Manek Urai. Terus membaca ‘Manek Urai : Umno guna pelajar kejururawatan untuk berkempen’

08
Jul
09

Manek Urai : Umno gelabah isu debat

Salam Perjuangan…

NAMPAKNYA Umno benar-benar gelabah dengan pelawaan debat oleh Mursyidul Am PAS. Sedangkan ia tidak lebih sebagai satu pertemuan bagi merungkaikan segala isu yang berbangkit selama ini.

Soal agama cuba diasingkan dengan politik. Itu pokok persoalan sebenarnya. Dan platform debat hanya sekadar mekanisme ke arah itu. Tidak semestinya perlu bertegang leher di atas pentas atau depan televisyen. Ia mungkin boleh jadi muzakarah atau wacana.

Biar apa pun istilah yang digunakan ternyata perkataan debat begitu mengementarkan Umno. Ini secara tidak langsung juga menggambarkan Umno tandus pemimpin yang petah berhujah untuk menegak kebenaran.

Bagi menyoroti apa rahsia di sebalik pelawaan debat itu, ikuti temu bual wakil Harakah, Mohd Nor Yahya bersama Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menghadiri satu program di Manek Urai, Khamis lalu. Terus membaca ‘Manek Urai : Umno gelabah isu debat’




Statistik Pengunjung

  • 60,904 pengunjung bermula 14 Jun 2008

User Online

hit counters

Selamat Datang

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog peribadi saya. Segala komen / cadangan amatlah dialu-alukan. Harapan saya semoga dengan kelahiran blog ini memberi manafaat buat semua. Sebarang pendapat atau buah fikiran yang hendak dikongsi dan dipaparkan boleh dikirim melalui e-mail ke han1f@msn.com / han1f_78@yahoo.com.my.


Taqwim Miladi

Julai 2009
A I S R K J S
« Jun   Ogo »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Dana Aktiviti JABATAN AMAL KELANTAN

Sumbangan ikhlas anda amatlah dialu-alukan bagi kegunaan dana aktiviti semasa seperti banjir, bencana alam, kebajikan dan sebagainya yang melibatkan program kemasyarakatan . Segala sumbangan boleh diberikan di atas nama "Jabatan Amal Kelantan", BIMB - 03018010118457

Daftar Pemilih

Pelawat