Ustaz Halim Ramli meninggal dunia

8 07 2009

Salam Perjuangan…

Pendokong perjuangan Islam di Tanah Merah dikejutkan dengan kematian ketua penerangan kawasan itu, Ustaz Abdul Halim Ramli, 44 kira-kira jam 8 pagi tadi.

Beliau meninggal dunia di Hospital Tanah Merah akibat serangan jantung dan penyakit paru-paru berair. Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan dua hari lalu, meninggalkan enam anak dan seorang balu.

Jenazahnya akan disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Batu 9, Batang Merbau selepas solat Asar petang ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Tanah Merah, Nordin Ismail berkata, semasa hayatnya Allahyarham seorang yang aktif dalam perjuangan Islam dan kegiatan kemasyarakatan.

“Beliau sebelum ini merupakan anggota jawatankuasa Pemuda PAS Kelantan dan pernah mengetuai Dewan Pemuda PAS Jeli sebelum berlaku persempadanan baru pilihan raya,” katanya di sini.

Selain itu Allahyarham juga merupakan seorang peniaga yang berjaya.

Nordin berkata, kematiannya merupakan satu kehilangan besar kepada PAS Tanah Merah dan Kelantan.

“Sebelum dimasukkan ke wad beliau datang bertugas membantu kempen PAS di Manek Urai,” katanya. Al Fatihah. – harakahdaily


Tindakan

Informasi

One response

24 07 2009
samsi(Gelang Patah,Johor)

CERAMAH PERDANA ISRAK & MIKRAJ

25HB JULAI 2009(SABTU)

JAM: 9 MALAM

TEMPAT: RUMAH AKHI SUHAIZAN KAYAT, TAMAN PULAI INDAH. KANGKAR PULAI, JOHOR

PENCERAMAH: YB IDHAM LIM ABDULLAH

SEMUA DI JEMPUT HADIR

Tinggalkan komen