Manek Urai : ISA lebih zalim daripada istilah ‘binatang’

12 07 2009

Salam Perjuangan…

Tuan Guru Nik Aziz menyifatkan penggunaan ISA terhadap pemimpin adalah lebih teruk daripada istilah ‘binatang’.

“Kezaliman Umno menggunakan ISA ke atas pembangkang yang tidak bersalah dan menafikan hak bersuara untuk mereka membela diri adalah lebih teruk daripada perkataan itu,” bidas Nik Aziz.

Beliau berkata demikian menjawab serangan media yang menyebut beliau mengeluarkan kata-kata kesat termasuk binatang atau ‘menate’ dalam loghat Kelantan dalam satu ceramah di Manek Urai Dua baru-baru ini.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohammad Sabu turut bersetuju dengan pandangan Tuan Guru yang menyifatkan Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh pemerintan kerajaan BN tidak patut dipertahankan dan tidak boleh dimaafkan.

Beliau yang juga mangsa akta tersebut turut menyeru agar keluarga mangsa dan seluruh rakyat turun beramai-ramai menyatakan bantahan terhadap kezaliman kerajaan BN pada perhimpunan aman yang dijadual akan berlangsung pada 1 Ogos ini. – http://prkn41.pas.org.my/


Tindakan

Informasi

Tinggalkan komen