Monthly Archives: November 2009

Solat Hajat & Ceramah Perdana


Salam Perjuangan…

Program Motivasi


Salam Perjuangan…

Kelantan bermaruah, bukan lapar wang


Salam Perjuangan…

Dua rakan saya beraksi dalam Sembang Sembang Awani malam ini, berbincang tentang royalti atau ehsan.

Kedua YB Ibrahim Ali dan YB Alwi seronok berbincang bagaimana nak guna duit ehsan nanti. Royalti atau ehsan tak penting bagi mereka berdua, asal dapat duit.

Kalau pemikiran seperti itu diberikan ruang menguruskan negeri, saya sangat kecut.

Royalti bermakna kedaulatan negeri dihormati. Perjanjian dipatuhi dan pemimpin Kerajaan Pusat berintegriti dan ada pemikiran menjunjung rule of law dan meletakkan perhitungan politik kepartian di bawah.

Malang, pemikiran kepartian masih menebal, hak dalam bentuk royalti sanggup ditukar kepada wang ehsan dengan dikawal oleh Kerajaan Pusat, sedangkan itu hak Kerajaan Negeri tak kira siapa juga yang mentadbir Negeri berkenaan. Read the rest of this entry

Ada Telaga, ada ehsan?


Salam Perjuangan…

“Najib memberitahu, Petronas memaklumkan pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil di Kelantan, yang terletak di luar perairan negeri tersebut iaitu medan Bumi Selatan dalam Blok PM301.” – Utusan online.

Nampaknya kehsanan BN masih berasaskan pada telaga pengeluaran minyak atau gas.

Negeri tak ada telaga minyak, tak adalah ehsannya.

Kelantan ada satu telaga? Bumi Selatan. Dapat wang ehsan. Terengganu ada banyak telaga, juga sama jauh di luar kawasan 3 batu nautika. Ada telaga tapi jauh, dapat wang ehsan, bukan royalti.

Ada telaga, tapi tak lebih dari 3 batu dari panytai baru dapat royalti. Read the rest of this entry

Kelantan akan dapat wang ehsan sahaja


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 4 Nov : Ekoran pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan sahaja kepada rakyat Kelantan dan bukannya royalti, Dewan Rakyat menjadi kecoh hari ini.

Ia bermula apabila ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan bilakah tuntutan royalti kerajaan negeri Kelantan akan dilangsaikan oleh Petronas.

Menjawab soalan itu, Najib menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbang untuk memberikan wang ehsan langsung kepada rakyat Kelantan.

Dewan menjadi kecoh dengan jawapan yang diberikan Najib itu kerana ia dianggap menipu dan menafikan hak rakyat Kelantan. Read the rest of this entry