Category Archives: Wanita Umno

Sah Shahrizat vs Rafidah Rebut Ketua Wanita Umno


Salam Perjuangan…

Shahrizat sah tanding Ketua Wanita Umno


PETALING JAYA : Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan beliau akan bertanding menentang ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan Ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.

Shahrizat melalui kenyataan dua perengganya hari ini mengesahkan bahawa beliau menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding jawatan itu.

“Wanita Umno mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Keputusan beliau itu sekaligus melenyapkan pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Rafidah untuk menyerahkan kepimpinan pergerakan itu pada Shahrizat pada Jun depan.

Dengan keputusan itu juga bermakna akan memberi laluan kepada satu-satunya saingan Shahrizat bagi jawatan Naib Ketua iaitu Datuk Kamilia Ibrahim untuk menang tanpa bertanding pada pemilihan akan datang.

Kamilia sebelum ini telah berulang kali berkata beliau tidak menyetujui pelan peralihan Jun itu dengan alasan ia bertentangan dengan perlembangaan Umno. Read the rest of this entry

Wanita Perak Dakwa Diarah Calonkan Rafidah


Salam Perjuangan…

Pencalonan yang diberikan oleh Wanita Umno bahagian kepada Tan Sri Rafidah Aziz untuk mempertahankan jawatan ketua Wanita Umno adalah kerana arahan dan bukannya kehendak sebenar ahli akar umbi, kata Naib Ketua Wanita Umno Perak, Datuk Rusnah Kassim.

Kenyataan beliau disokong oleh anggota exco Wanita Umno, Datuk Khamsiyah Yeop yang menjelaskan bahawa 117 pencalonan yang diterima oleh Rafidah adalah “sekadar di atas kertas” dan tidak boleh diguna pakai untuk mencerminkan kehendak sebenar ahli pergerakan itu yang mahukan gandingan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Kamilia Ibrahim.

Mereka berkata demikian pada satu sidang akhbar di Ipoh bagi mengumumkan bahawa 22 daripada 24 bahagian Wanita Umno di Perak kini mahu agar peralihan kuasa daripada Rafidah kepada Shahrizat dipercepatkan dari Jun ke Mac tahun depan.

“Kami berhasrat untuk mempunyai ketua pada Mac ini dan bukannya pemangku,” kata Rusnah, demikian menurut laporan Bernama.

Beliau berkata bahawa dalam mesyuarat perwakilan masing-masing dari 9 Oktober hingga 9 November lalu, bahagian-bahagian yang mencalonkan Rafidah bagi jawatan Ketua Wanita berbuat demikian bukan berdasarkan kehendak sebenar akar umbi sebaliknya kerana mengikut arahan. Read the rest of this entry

Jika Shahrizat Lawan Rafidah, Kamilia Dapat Untung?


Salam Perjuangan…

Perang antara kelompok Ketua Wanita Umno dengan Naibnya, masih berterusan, malah terbaru Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil dikatakan bakal mengumumkan akan bertanding menentang ketuanya, Dato’ Seri Rafidah Aziz Mac ini.

Dari sumber tertentu menyatakan esok (khamis) Shahrizat bakal membuat pengumuman tersebut yang sekaligus menamatkan Pelan Peralihan Kuasa Jun 2009.

Sumber-sumber itu berkata Shahrizat juga didorong oleh keputusan anggota exco Wanita Dato’ Kamilia Ibrahim untuk bertanding jawatan Naib Ketua yang disandang Shahrizat sekarang.

Kamilia berulang kali berkata beliau tidak menyetujui pelan peralihan Jun itu dengan alasan ia bertentangan dengan perlembangaan Umno.

“Malah pendirian tegas Datuk Kamilia itu tidak memberi pilihan kepada Datuk Seri Shahrizat selain daripada bertanding jawatan ketua Wanita Umno.

“Pada masa yang sama ia telah juga memudahkan beliau membuat keputusan itu,” kata sumber-sumber itu.

Shahrizat, menurut sumber-sumber itu lagi, telah memberitahu keputusannya kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Read the rest of this entry

Shahrizat Dijangka Umum Tanding Ketua Wanita Umno Khamis Ini


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Naib Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membuat keputusan untuk bertanding jawatan Ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan, menurut sumber-sumber.

Shahrizat dijangka mengumumkan keputusannya Khamis ini yang sekaligus akan melenyapkan pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz untuk menyerahkan kepimpinan pergerakan itu pada Shahrizat pada Jun depan.

Sumber-sumber itu memberitahu Bernama, Shahrizat berpendapat bertanding jawatan itu adalah keputusan yang terbaik baginya memandangkan Rafidah tetap bertegas untuk melepaskannya hanya pada Jun dan menolak desakan dari banyak pihak dalam parti supaya peralihan kuasa Wanita Umno diselaraskan dengan pelan peralihan Umno induk iaitu pada Mac.

Pada Mac, Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan kedua-dua jawatan itu kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak. Read the rest of this entry

10 Bahagian Wanita Umno P. Pinang Tolak Pelan Peralihan Kuasa Pergerakan Itu


Salam Perjuangan…

PULAU PINANG, 18 Nov – Sebanyak 10 dari 13 Ketua Wanita Umno bahagian di Pulau Pinang hari ini sebulat suara menolak pelan peralihan kuasa dalam pergerakan itu yang ditetapkan pada Jun tahun depan.

Ketua Wanita Umno bahagian Tanjong, Norjan Hamid, selaku jurucakap kumpulan 10 itu berkata sebaik-baiknya Wanita Umno mengikut jejak langkah badan induk parti itu yang akan melakukan peralihan kuasa pada Mac depan.

“Adalah baik jika peralihan kuasa diadakan awal. Alang-alang menunggu tiga bulan dan dalam jangkamasa yang pendek itu apa yang boleh dibuat oleh Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafizah Aziz serta tidak rasional beliau memerlukan tempoh tersebut.

“Jika naibnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memangku jawatan pada Jun tahun depan, secara automatik jawatan naib ketua akan kosong. Kalau tidak ada naib, kuranglah tenaga kepimpinan dalam Wanita Umno,” kata Norjan pada sidang akhbar yang turut dihadiri tujuh ketua Wanita Umno bahagian itu, di sini hari ini.

Norjan berkata 10 bahagian itu adalah Kepala Batas, Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Batu Kawan, Nibong Tebal, Tanjong, Bukit Bendara, Jelutong, Bagan dan Nibong Tebal. Read the rest of this entry

Maznah : Shahrizat Mampu Tumpaskan Rafidah….


Salam Perjuangan…

Makluman balas dari akar umbi menunjukkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mampu menumpaskan Tan Sri Rafidah Aziz sekiranya berlaku pertandingan bagi jawatan ketua Wanita Umno, kata bekas exco pergerakan itu, Datuk Maznah Hamid.

“Kalau nak bertanding, kami dapat maklum balas dan kajian, kami pasti kemenangan berpihak kepada gandingan Shahrizat dan Datuk Kamilia Ibrahim.

“Semua mata tertumpu kepada Rafidah dan menilai keikhlasan daripadanya,” kata Maznah ketika dihubungi hari ini

Malaysiakini difahamkan Maznah yang juga ketua Wanita Umno Jerlun, turut terlibat dalam perbincangan untuk menyelesaikan isu peralihan kuasa dalam sayap Umno itu.

Beliau juga mencadangkan diwujudkan situasi menang-menang bagi menyelesaikan masalah peralihan kuasa dalam pergerakan itu, di samping mengelakan perpecahan dalam Wanita Umno. Read the rest of this entry

PM Mahu Temui Wanita Umno Selesai Krisis


Salam Perjuangan…

TASHKENT (Uzbekistan) : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menemui pemimpin-pemimpin Wanita Umno sekembali beliau ke tanah air daripada lawatan ke dua buah negara Asia Tengah sekarang untuk menyelesaikan isu kepimpinan dalam pergerakan itu.

Perdana Menteri berkata pada mulanya beliau berharap Wanita Umno dapat menyelesaikan sendiri masalah peralihan kuasa dalam pergerakan itu sebelum tarikh pelaksanaannya pada Jun tahun lepas.

“Namun, masalah ini masih berlarutan dan tidak ada tanda ia akan reda, saya akan cuba bantu mereka,” katanya kepada pemberita yang mengikuti lawatannya itu.

Beliau kini berada di Uzbekistan untuk lawatan empat hari dan akan berlepas ke Turkmenistan esok sebelum pulang pada Khamis.

Abdullah, yang juga Presiden Umno, berkata beliau berharap pemilihan dalam Wanita Umno tidak akan menyebabkan perpecahan kerana ini boleh melemahkan parti. Read the rest of this entry

Perubahan Pendirian Tidak Sampai 24 Jam Selepas Mesyuarat Exco


Salam Perjuangan…

PETALING JAYA : Selepas lebih 24 jam Wanita Umno mengadakan mesyuarat Exco memutuskan untuk menerima pelan peralihan Jun 2009, dua pemimpin kanan pergerakan itu membayangkan petanda baru, yang jelas bahawa akan ada pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita.

Mengambil kira kenyataan Naib Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalin dan Exconya, Datuk Kamilia Ibrahim hari ini, pergerakan itu juga bakal menyaksikan pertandingan.

Shahrizat berkata, beliau masih berpegang dengan pendirian bahawa pelan peralihan jawatan Ketua Wanita Umno dan Naib Ketua Wanita Umno perlu diselaraskan dengan badan induk, Pemuda dan Putera sempena Perhimpunan Agung Umno Mac depan.

“Jika kita teruskan keputusan yang dibuat pada Ogos 2008, ini akan menyebabkan jawatan Ketua Wanita Umno hanya kekal bagi tempoh tiga bulan selepas pemilihan.

“Seterusnya jawatan Ketua Wanita Umno hanya sekadar memangku bagi tempoh tiga tahun manakala jawatan Naib Ketua Wanita terpaksa dikosongkan. Read the rest of this entry

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,772 other followers