Nujum Pak Belalang


Salam Ramadhan…

Soalan 1 :

Tukang Soal : ‘Di dalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kita mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PAS..??’

Ahli Nujum Negara : ‘Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PAS..’

Tukang Soal : ‘Sebabnya… !!??’

Ahli Nujum Negara : ‘Sebabnya… Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PAS makin tinggi kedudukannya. ..

Soalan 2

Tukang Soal : ‘Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PAS..??

Ahli Nujum Negara : ‘Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PAS dan yang lari itulah UMNO..

Tukang Soal : ‘Sebabnya… !!??

Ahli Nujum Negara : ‘Sebab di dalam negara kita, musuh PAS hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!

Soalan 3

Tukang Soal : ‘ Ada sebuah masealah,Satu… baaaanyak-banyak! !… Dua… sedikit-sediiiiikit ….!!! Tiga… jarang-jarang! !!… Empat… kad-dang, kad-dang,Apa itu..???

Ahli Nujum Negara : ‘UMNO!!!’

Tukang Soal : ‘Buktikan..!!’

Ahli Nujum Negara : ‘Satu… Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini…Dua… Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara daribilangan ahli UMNO yang banyak itu…Tiga… Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan…Empat… Kad-dang, kad-dang… Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar danlihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya…

Soalan 4

Tukang Soal : ‘Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???

Ahli Nujum Negara : ‘Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya…

Tukang Soal : ‘Dimana terletak kekuatannya. .???

Ahli Nujum Negara : ‘Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!

Tukang Soal : ‘Buktikan!!

Ahli Nujum Negara : ‘Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya. .. Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah…”Biasalah… UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan. . Tapi bak kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim …….. ,

Soalan Extra Tukang Soal : ‘Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana… !!! Apakah yang ada di genggaman beta…????

Ahli Nujum Negara : ‘……….. ISA !!!..’

KAH..KAH..KAH…LU FIKIR LA SENDIRI ………. ( nabil cakap )

Sumber : http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com

Posted on 27 September 2008, in BN, PAS, PKR, Politik, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: