Eksklusif : Politik Wang Adalah “Darah Daging” UMNO Sejak Dulu, Kini Dan Selamanya !!


Salam Perjuangan…

Nampaknya isu pencalonan bagi merebut jawatan tertinggi dalam parti karat UMNO semakin panas dan mendebarkan. Biarpun PM Pak Lah Badawi belum mengumumkan hasratnya, sama ada untuk mempertahankan jawatan atau mengundur diri dalam pemilihan parti itu Mac 2009 nanti. Semua ini bakal terjawab dalam sehari dua lagi. Segala keputusan dilihat bakal “menjerumuskan” UMNO ke lembah “kehancuran”. Perebutan jawatan, pergeseran sesama pemimpin baik di peringkat tertinggi mahupun akar umbi akan berlaku dalam masa terdekat ini.

Biarpun, berbagai amaran diberikan supaya setiap ahli tidak mengamalkan politik wang. Namun, apa yang boleh dilakukan oleh mereka yang ingin dicalonkan selain “merasuah” para pengundi agar memilih mereka. Bukankah “rasuah wang” itu sendiri sudah menjadi “darah daging” dalam UMNO sejak “dulu, kini dan selamanya”. Maka itu, usahlah mereka cuba dan berangan untuk menang dengan “air liur” semata-mata. Wang sudah menjadi “pertaruhan” puak-puak UMNO karat ini sejak sekian lama. Bahkan “jutaan wang ringgit” ditaburkan kepada rakyat setiap kali menjelang pilihanraya, apatah lagi jika ia melibatkan pilihanraya kecil disesuatu kawasan.

Semua ini, sudah tidak dapat dinafikan lagi. Mahu tidak mahu, itulah senjata “berapi” yang selayaknya digunakan. Cuma, setinggi mana nilainya maka setinggi itulah juga undi yang bakal mereka perolehi. Tidak usahlah mereka bercita-cita untuk memperbetulkan keadaan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa puak-puak UMNO ini hanya layak berkuasa dengan adanya “wang”. Jika mereka tiada wang, dan tidak merasuah pengundi dalam setiap kali pilihanraya mana mungkin mereka boleh menang. Tanyalah mana-mana pemimpin UMNO, baik diperingkat negeri, bahagian mahupun cawangan. Jadi, kesimpulannya usahlah mereka membuat sandiwara lawak pula kononnya inginkan pemimpin yang bersih dari “politik wang”. Bak kata pengikut “jahil UMNO”, jika tiada wang mana boleh menjadi pemimpin UMNO dan berpolitik. Sekadar jadi ahli biasalah, bahkan tiada harapan untuk naik pangkat langsung. Tetapi jika ada “fulus” maka semuanya boleh jadi. Itulah dasar “haprak” puak-puak karat ini sejak mutakhir ini.

Cuma bezanya, antara nyata dengan tidak nyata sahaja. Juga antara pandai dengan tidak pandai bermain “wang”. Apa yang paling penting, dengan siapa kita berlawan. Jika lawan kita itu lebih besar “wangnya”, maka kita yang akan terpelanting dan dipersalahkan kerana mengamalkan politik wang. Inilah yang berlaku kepada lawan Hamid Albar di Bahagian Kota Tinggi. Belum apa-apa telah dikenakan tindakan displin kerana politik wang. Begitu cepat dan pantas, semuanya hanya kerana kedudukan beliau yang bakal “menewaskan” Hamid Albar diatas kertas. Maka, apa lagi itulah jalan terakhir yang boleh dilakukan. Kes yang sama berlaku di slaah satu bahagian di Kelantan. Bukankah ini semua adalah senjata terakhir untuk mematikan pengaruh lawan. Akhirnya lawan “terpelanting” dan dengan kuasa wang juga “masa depan” politik kita akan lebih terjamin. Maknanya politik wang tidak dapat lari dari UMNO.

Justeru itu, sama-samalah kita tunggu apabila bahagian-bahagian UMNO memulakan mesyuarat masing-masing dalam masa terdekat ini. Maka sudah pasti “kapal UMNO akan lebih” bergelombang lagi. Menanti hari untuk karam dan “dikapankan”. Wang adalah segala-galanya bagi mereka dan dengan wang juga mereka akan dihancurkan. Bak kata orang UMNO “Aci kerat jarilah, jika ada pemimpin UMNO yang bertanding baik diperingkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan tidak gunakan wang”. Maka, ertinya wang adalah darah daging puak-puak UMNO. Sejak bila pula mereka mula pandai untuk bercerita pasal “moral” pemimpin dan sebagainya. Sama-samalh kita berdoa agar wang akan menyebabkan puak-puak UMNO ini bakal “ditumbangkan” tidak lama lagi.

[Kesihan melihat MB Pahang, Adnan Yaakob yang bakal dikenakan tindakan “waran tangkap” jika beliau terus berdegil tidak mahu memberi respon atas saman RM60 juta dalam isu pembalakan di negeri Pahang. Barulah Adnan tahu, dengan wang juga akhirnya politik beliau akan dihancurkan. Mampukah Adnan mengumpul wang sebanyak itu untuk membayar hutang tersebut. Jika tidak, maka sudah pastilah negeri Pahang akan lebih “merundum” lagi nanti].

Sumber : pahangdaily

Posted on 7 Oktober 2008, in Berita, BN, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: