Pelik : Biarpun Ditahan ISA, Namun Perbicaraan Kes Hasutan Raja Petra Tetap Dijalankan !!


Salam Perjuangan…

Sejarah tercipta, biarpun beliau kini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) nama Perbicaraan terhadap penulis blog Raja Petra Kamarudin atas Akta Hasutan tetap dijalankan juga. Bagai satu “dendam” yang mendalam, walhal beliau kini sudah ditahan ISA, maka sepatutnya kes beliau itu digugurkan. Namun, inilah Malaysia tanahairku. Apa saja boleh jadi. Beliau dituduh menghasut, walhal “mungkin” juga apa yang dilaporkan oleh beliau selama ini ada kebenarannya. Mengapakah ada undang-undang “berat sebelah” yang dikenakan oleh sebahagian rakyat Malaysia hari ini. Sepatutnya laporan polis dan akuan sumpah yang selama ini dikemukakan itu disiasat oleh pihak polis. Namun, begitu mudah sahaja ia dibuang seperti “sampah”. Sebaliknya pelapor pula yang dikenakan tindakan atas berbagai akta yang diwujudkan khas untuk mempertahankan sesuatu yang ternyata menjadi “persoalan” dikalangan rakyat marhaen.

Kenapa kes hasutan ini mahu dibicarakan? Sedangkan kes-kes terbaru tentang artikel yang dikatakan menghina Islam dan Nabi, beliau terus dihumbankan ke Kem Kemunting?. Sepatutnya semua kesnya itu dibicarakan, jika mereka benar-benar “anak jantan”. Ini tidak, ada kes berbeza-beza pula tindakan. Bukankah ini adalah sebahagian daripada “dendam kesumat” yang kian membara. Maka itu, kita sendiri merasa tidak yakin untuk Raja Petra menang dalam perbicaraan kes hasutannya ini. Mana mungkin beliau menang, sedangkan dalam masa yang sama beliau masih ditahan ISA. Sungguh pelik, hairan bin ajaib bukan?. Selama ini kita jarang mendengar tahanan ISA boleh dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Namun kini. Raja Petra membuka lembaran baru, kerana menghadapi tindakan yang “double standard” daripada pihak kerajaan gara-gara kes yang sama iaitu artikel yang terdapat dalam blognya Malaysia Today.

Dalam, perbicaraan yang berlangsung semaam, beliau dituduh menerbitkan artikel memfitnah dalam blognya. Apa yang menarik seorang pakar dipanggil untuk memberikan keterangan. Harme Mohamed yang merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa dan Pengarah Jabatan Keselamatan, Amanah dan Pentadbiran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MMC), dijadikan saksi pertama.

Sementara itu Harme, 39, dalam keterangannya memberitahu mahkamah bahawa Raja Petra memuatkan artikel bertajuk “Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell” yang diterbitkan dalam http://www.malaysia-today.net pada 25 April. Saksi itu berkata beliau membuat rumusan itu berdasarkan Laporan Pemeriksaan Oleh Unit Siasatan Forensik Komputer MMC yang jelas menunjukkan nama Raja Petra ditulis dalam artikel itu sebagai penulis dan nama domain ialah malaysia-today.net. “Berdasarkan dokumen (laporan itu) yang tertera di barisan kedua di atas dokumen itu, nama domain yang dinyatakan ialah malaysia-today.net,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Roslan Mat Nor. Kepada soalan Roslan sama ada beliau tahu siapakah pentadbir nama domain laman web itu, Harme berkata : “Berdasarkan dokumen itu, saya tidak tahu”.

Raja Petra, 58, dituduh melakukan kesalahan itu di rumahnya di No. 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. Artikel bertajuk “Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell” diterbitkan dalam http://www.malaysia-today.net pada 25 April. Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 itu membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Raja Petra yang memakai kemeja lengan pendek biru, seluar jeans biru dan selipar berwarna biru, kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Semasa diperiksa balas oleh peguam J. Chandra yang mewakili Raja Petra, Harme berkata beliau tidak mempunyai keterangan lain untuk membuktikan yang Raja Petra ialah orang yang memuatkan artikel itu selain daripada apa yang dinyatakan dalam laporan itu.Beliau bersetuju yang laporan itu tidak menyatakan sebarang permulaan/akhiran tarikh 25 April di mana artikel memfitnah itu didakwa dimuatkan. Harme juga bersetuju dengan cadangan Chandra bahawa perbuatan memuatkan artikel itu (melalui laman web) boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada “nama pengguna” dan “kata laluan” pemilik laman web itu.

Chandra : Oleh kerana ia laman web yang popular dan boleh dilayari 24 jam (sehari) dan tujuh hari seminggu adakah anda bersetuju yang penulis atau pemiliknya tidak berada di situ secara fizikal untuk memantaunya? Harme : Ya. Chandra : Adakah anda sedar yang Raja Petra telah direman sejak 12 Sept? Harme : Ya. Chandra: Adakah anda sedar yang sejak 12 Sept, terdapat beberapa posting lain pada laman web itu? Harme : Saya ada baca satu tetapi tidak ingat sama ada ia dimuatkan oleh Raja Petra. Chandra : Siapa yang buat posting itu? Harme : Mungkin orang lain. Roslan juga memberitahu mahkamah yang pendakwaan mempunyai enam atau tujuh lagi saksi yang akan memberikan keterangan dan dua saksi awam akan dipanggil untuk memberikan keterangan selepas ini. Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob disambung hari ini.

[Dengan perbicaraan hari kedua kes Raja Petra ini, maka hari ini kita akan melihat dua kes berlaku serentak. Pertama kes pindahan perbicaraan Anwar ke Mahkamah Tinggi dan kedua kes Raja Petra. Kita tidak mengharap apa-apa daripada kes-kes “mengarut” ini, melainkan kita berdoa semoga hakim yang mengendalikan kes bukanlah hakim “coklat Hacks” dan juga Hakim “correct, correct, correct”. Jika tidak maka semakin “hancus” badan kehakiman kita dibuatnya].

Sumber : pahangdaily

Posted on 7 Oktober 2008, in Akta Hasutan, Berita, Demokrasi, ISA, Isu Semasa, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: