Ada Sesuatu Tidak Kena Punca Abdullah Letak Jawatan


Salam Perjuangan…

sukanya aku nak jadi PM ni

PASIR PUTEH, 9 Okt – Tentunya ada sesuatu yang tidak kena apabila Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba-tiba membuat keputusan enggan mempertahankan jawatannya pada persidangan agung Umno Mac depan.

“Kalau Dato’ Seri Abdullah yakin tak bersalah kenapa nak letak jawatan. Sebaliknya dari awal lagi kena letak jawatan jika rasa bersalah, ini baru dinamakan bertanggungjawab.

“Yang suruh letak jawatan itu adalah orang, tetapi mandat yang diberi oleh rakyat kepada beliau itu mesti dipertanggungjawabkan,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini petang semalam.

Beliau diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri tidak mempertahankan jawatannya pada persidangan agung Umno Mac depan.

Sedangkan sebelum itu Abdullah mengumumkan pelan peralihan pada Jun 2010 bagi membolehkan jawatan yang dipegang sekarang diserah kepada Dato’ Seri Najib Razak.

Mursyidul Am PAS itu berkata, Abdullah dianggap sebagai mencalar mandat yang diberi rakyat selama ini apabila tiba-tiba enggan memikul tanggungjawab diberi rakyat.

Beliau tidak wajar berbuat demikian semata-mata menyahut desakan beberapa ahli dalam Majlis tertinggi Umno jika berkeyakinan dapat menguruskan pentadbiran negara dengan baik.

Bagaimanapun kata beliau tentunya ada sesuatu yang tidak kena apabila Perdana Menteri melepaskan jawatan hanya kira-kira setahun selepas pilihan raya umum ke-12.

Menurutnya juga, beliau sebelum ini pernah acap kali didesak Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa supaya meletakkan jawatan.

“Walaupun beberapa kali saya diminta supaya letak jawatan, tetapi saya tak letak, kenapa saya nak letak sebab saya yakin yang saya tak bersalah,” kata beliau selepas merasmikan Baitul Taubah dekat sini petang semalam.

Baitul Taubah merupakan pusat pemulihan dadah secara Islam yang dikendalikan di bawah kerajaan negeri. Ia mula beroperasi 16 Januari lalu. harakahdaily

[Memang Pak Lah ni tak kenang langsung mandat yang diberikan oleh rakyat. Dia buat macam negara ni dia yang punya, ikut suka dai nak bagi dekat sape. Disebalik peralihan kuasa ini mungkin ada perjanjian yang telah dibuat oleh Pak Lah dengan Najib. Mungkin minta supaya menantunya Khairy tidak dilupakan, kena tolong biar dia menang tanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia. Ini kebarangkalian sahaja.]

Posted on 9 Oktober 2008, in Analisis Isu, Berita, BN, Isu Semasa, Kepimpinan, Peralihan Kuasa, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: