Zahid Tawar Diri Tanding Hanya Jawatan Naib Presiden


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengubah fikiran untuk hanya bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan.

Beliau, sebelum ini menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, berkata keputusan itu dibuat demi menjaga perpaduan anggota peringkat akar umbi dan kekukuhan parti serta menghormati Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang bakal menerajui Umno.

“Saya memohon sokongan dan pencalonan daripada akar umbi dalam persidangan Umno bahagian-bahagian untuk jawatan berkenaan (Naib Presiden) sahaja.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan dan taat setia tidak berbelah bagi saya kepada Datuk Seri Najib, yang telah diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil alih teraju kepimpinan parti sebagaimana yang telah diputuskan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas petang ini.

Ahmad Zahid, yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memahami situasi dan realiti politik semasa, yang memerlukan pengorbanan daripada seseorang demi perpaduan dan kekuatan parti. BERNAMA

[Bikin buat malu kompeni jer, sekejap nak tanding Timbalan alih-alih sekarang ni nak tanding naib jer pulak. Jatuh saham ker Zahid ni atau ada perancangan lain atau Najib tak setuju dia tanding timbalan presiden. Macam tak der pendirian jer, hari tu kata bahagian dah sokongan untuk tanding jawatan timbalan. Kita tengok ler telatah-telatah mereka (nak guna ayat Khairy skit, kita tegok gelagat “berok-berok dijalanan”) beraksi.]

Posted on 9 Oktober 2008, in Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, Politik, Semasa, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: