Ketua Pemuda : Mukhriz Terus Mendahului


Salam Perjuangan…

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir terus mendahului pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.

Selepas 14 bahagian Pemuda selesai bermesyuarat, Mukhriz mendahului dengan lapan pencalonan manakala Khairy Jamaluddin memperolehi mpat pencalonan.

Bahagian yang mencalonkan Mukhriz ialah Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor dan Bukit Gelugor.

Manakala bahagian Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh dan Silam mencalonkan Khairy.

Manakala bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat dua pencalonan dari Bahagian Tumpat dan Kapar.

Seorang lagi calon – timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin belum mendapat pencalonan.

Ahli Parlimen Muar Datuk Razali brahim dan Exco Pemuda Datuk Reezal Merican Naina Merican, masing-masing memperoleh enam pencalonan untuk jawatan naib ketua.

Pencalonan Muhkriz dan Razali dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan ukit Gelugor.

Bagaimanapun di Tasek Gelugor, selepas pengundian, Mukhriz mendapat 124 undi manakala Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, memperolehi 36 undi.

Di bahagian Kota Melaka pula, Mukhriz emperoleh 98 undi manakala Khairy memperolehi 69 undi.

Bagi jawatan ketua Puteri pula, sehingga ini, Naib Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mendapat 10 pencalonan; Ketua Penerangan Puteri, Datuk Shahaniza Samsuddin (6); Exco Puteri Umno Datin Ismalina Ismail (2); Setiausaha Puteri, Bibi Sharliza Mohd Khalid (2) dan Ketua Puteri Pulau Pinang Azlina Mehtab Mohd Ishaq (1).

Sepuluh bahagian yang mencalonkan Rosnah adalah Kimanis, Padang Rengas, Tumpat, Pensiangan, Ketereh, Sipitang, Kuala Terengganu, Besut, Beruas dan Silam.

Manakala Shahaniza menerima pencalonan daripada bahagian Langkawi, Kudat, Keningau, Kuala Kedah, Sandakan dan Pokok Sena.

Dua pencalonan diperoleh Ismalina daripada bahagian Padang Serai dan Cheras manakala Bibi Sharliza memperoleh pencalonan dari bahagian Baling dan Padang Terap.

Azlina yang juga ketua Puteri Pulau Pinang, pula menerima pencalonan tunggal dari bahagian Tasek Gelugor. malaysiakini

[Nampaknya ketingalan pulak menantu yang tersayang. Ingatkan boleh kalahkan Mukhriz. Tapi sebaliknya setakat ini, orang mula benci Khairy di atas kelantangannya yang tidak bertempat. Harap Khairy dapat dikalahkan. Biar padan sikit muda dia tu, bagi dia rasa tinggi rendah langit ini bila tidak bertungkat bawah dagu mertuanya.]

Posted on 11 Oktober 2008, in Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, Pemilihan UMNO, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: