Sensasi : Najib Terkena Badi Anwar, Terguna Ungkapan “Suara Rakyat Suara Keramat”!!


Salam Perjuangan…

Nampaknya senario yang tidak menentu dalam politik negara mutakhir ini menyebabkan puak-puak UMNO semakin menggelabah dan bertelagah sesama sendiri. Peralihan kuasa yang dimaksudkan bakal menjerumus parti itu ke arah kehancuran. Inilah padahnya bila kuasa mengatasi segala-galanya. Demi mempertahankan kuasa mereka sanggup melakukan apa saja tanpa memikirkan risiko dan akibatnya di kemudian hari. Anehnya, baru sekarang mereka mula memikirkan kehendak rakyat. Dalam isu minyak misalnya, baru sekarang mereka mula pandai “menurunkannya setiap kali pasaran minyak global turun”.

Jika tidak, sebelum ini berbagai alasan diberikan jika ada usaha untuk menurunkan harga minyak. Sebaliknya bila harga dinaikkan, maka cerita yang sama dimainkan iaitu “pasaran minyak global naik maka minyak negara juga mesti dinaikkan”. Rakyat sudah muak dan melihat perkara ini dengan berhati-hati. Rakyat sudah mula menilai pemimpin yang mereka pilih. Lantaran itulah kini rakyat sudah mula ditakuti dan bisa bersuara. Jika tidak kerana Anwar, masakan minyak akan turun. Begitulah pandangan rakyat mengenai hal ini.

Namun kini, semuanya sudah terlambat. Buatlah peralihan kuasa macam mana sekalipun, jika ia masih berkisarkan dalaman UMNO. Maka rakyat sudah tidak percaya dan hilang keyakinan. Derita rakyat sudah berada dikemuncaknya. Mereka mahukan perubahan bukannya peralihan kuasa. Kuasa dialih tapi sistemnya tetap sama, mana mungkin rakyat dapat hidup selesa. Maka itulah perubahan kerajaan yang diperlukan sekarang. Menyedari hakikat ini maka lucu benar bila melihat kenyataan TPM Najib Razak di media hari ini. Beliau mula pandai menyebut “Suara Rakyat Suara Keramat” !!. Agaknya beliau lupa, itulah ungkapan yang sering digunakan oleh Anwar selama ini. Entah mengapa, tiba-tiba Najib terkena badi Anwar agaknya atau beliau bermimpi disiang hari memikirkan sempat atau tidak untuk beliau menjadi Perdana Menteri bulan Mac 2009 nanti.

[Apapun tahniah diucapkan kepada Najib yang sudah mula faham suara rakyat suara keramat. Maka itu jangan sesekali menyakitkan hati dan merosakkan kepercayaan rakyat. Najib sepatutnya belajar dan mencontohi kepimpinan ayahnya Tun Razak. Namun, mungkin dek kerana beliau tidak habis belajar di London dulu, terpaksa dipanggil balik ke Pahang untuk bergelar Menteri Besar dalam usia mudanya. Lantaran itulah Najib gagal untuk membuat pertimbangan dalam sesetengah isu masa ini. Runtuhnya UMNO maka hilanglah Najib nanti !] pahangdaily

Posted on 11 Oktober 2008, in Analisis Isu, Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, Najib, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Assalam mu alaikum wr wbt
    Tuan, DS Najib ni dibesarkan dibandar. Tak pernah susah dalam hidup. Sebab itu dia tak faham kesusahan rakyat. Berbanding dengan Tun Razak, beliau tinggal di kampung, berjalan kaki berkaki ayam hidup sukar walau anak orang besar. Oleh itu Tun lbih hampir dirinya dengan kesusahan. Manakala DS Najib lebih memahami kemewahan dan sukar merasakan kepedihan hidup. Itulah sebabnya tindakan DS Najib lebi bersifat membela kemewahan dan mengejar kemewahan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: