Anwar Enggan Sebut Tarikh Tubuh Kerajaan


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tidak mahu lagi mengulas mengenai tarikh baru yang ditetapkan bagi Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN).

Ketika ditanya pemberita, beliau berkata: “Saya tidak akan sebut (tarikhnya). Pada ketika yang sesuai…kita akan menyaksikan perubahan”.

“Kalau rakyat mahukan perubahan… tidak ada kuasa yang boleh menghalang dan menahan,” katanya semasa ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baharu di sini.

Di Kota Baharu Jumaat lepas, Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh berkata kerajaan baru akan ditubuhkan sebelum Hari Raya Aidiladha Disember ini, selepas gagal menubuhkan kerajaan pusat pada 16 Sept lalu.

Antara yang hadir pada majlis hari ini ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim. BERNAMA

[Kalau tarikh disebut untuk pertukaran kerajaan mesti Umno / BN akan bawa MP keluar negara pula kut. Sebenarnya tarikh ni tak penting, yang pentingnya usaha ke arah itu berjalan dan dapat dicapai dengan jayanya apabila sampai pertolongan daripada Allah.]

Posted on 12 Oktober 2008, in Analisis Isu, Anwar Ibrahim, Berita, DAP, Demokrasi, Isu Semasa, Pakatan Rakyat, PAS, Peralihan Kuasa, PKR, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: