Eksklusif : Tamparan Hebat, Gerakan Mahu Kerajaan BN Bebaskan Semua Tahanan ISA!!


Salam Perjuangan…

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata pembaharuan mesti dilakukan dalam kerajaan, parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) dan Gerakan jika mahu kekal relevan dan mendapatkan semula sokongan rakyat. “Kita berhadapan dengan cabaran serius. Kita dalam ambang perubahan bukan hanya pada ketika keadaan dalam genting. Untuk menjadi relevan dan mendapatkan semula sokongan rakyat, kita perlukan pembaharuan dalam kerajaan, dalam BN dan dalam Gerakan. “Pertama kerajaan persekutuan mestilah dengan segera melaksanakan pelbagai perubahan yang telah dicadang dan dijanjikan,” katanya dalam ucapan sulung beliau sebagai Presiden Gerakan pada Persidangan Perwakilan Parti itu di Menara PGRM di sini, Sabtu.

Persidangan itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dihadiri kira-kira 2,000 anggota dan pemimpin Gerakan. Mendahului perubahaan utama kerajaan, kata Koh ialah menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang dilihat sebagai satu langkah penting untuk memulihkan kredibiliti kehakiman dan mendapatkan semula keyakinan rakyat dalam sistem kehakiman negara. Di samping itu, kata Koh kerajaan hendaklah mengkaji semula beberapa undang-undang yang sudah lapuk dan terbatas seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Pencetakan dan Penerbitan serta Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Mengenai ekonomi, katanya krisis ekonomi dunia yang membabitkan tiga “F” — minyak, makanan dan kewangan — kian serius yang mengancam Malaysia walaupun ekonomi utama kita kukuh. Dengan itu, kita mesti mengukuhkan lagi ketahanan ekonomi kita,” kata beliau. Beliau juga berkata cadangan Akta Perhubungan Kaum hendaklah lebih komprehensif dan digantikan dengan nama Akta Perpaduan Nasional bagi memastikan keharmonian dan perpaduan dan menggalakkan integrasi.

“Akta itu yang dicadangkan hendaklah termasuk peruntukan untuk tindakan undang-undang dan hukuman terhadap mereka yang mengamalkan diskriminasi dan memudaratkan hubungan antara kumpulan. “Sebuah Majlis Rundingan Perpaduan hendaklah juga diwujudkan untuk merundingkan jalan terbaik menangani isu sensitif termasuk perkauman dan agama,” kata Koh.

Mengenai perubahan dalam BN, Koh berkata parti pemerintah itu hendaklah kembali kepada asasnya, iaitu untuk menjalin dan mengekalkan satu bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu. Kedua, untuk mencapai pembangunan fizikal dan rohaniah dengan berpegang kepada kebebasan beragama sementara mengekalkan Islam sebagai agama rasmi negara. Katanya ketiga, untuk mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama. Presiden Gerakan itu juga berkata parti komponen BN hendaklah terus mengukuhkan konsep perkongsian BN sebenar.

“Kita mesti bekerjasama dan berkhidmat bersama. Perkongsian ini bukan hanya terhad kepada kepimpinan peringkat atas tetapi mestilah diamalkan pada setiap peringkat. Bukan hanya semasa pilihan raya tetapi pada setiap masa. Ia bukan hanya untuk penyelesaian segera sesuatu masalah segera tetapi untuk jangka masa panjang dan penyelesaiannnya diterima bagi semua isu utama nasional,” tambah beliau.

[Seronok benar menyaksikan ucapan penutup Koh perihal Hapuskan akta Zalim ISA. Bahkan beliau juga mengarahkan kerajaan Pak Lah membebaskan semua tahanan ISA yang tidak melakukan keganasan sebenarnya terutama bagi mereka yang mengalami tahap kesihatan yang kritikal sekarang ini. Kata-kata beliau itu seolah-olah ucapan wakil pembangkang di parlimen. Apa yang menarik ialah tatkala menyaksikan muka Pak Lah dan Najib yang berkerut dahi tatkala melihat perwakilan Gerakan menyokong dan bertepuk tangan atas ucapan tersebut. Maknanya disini, Gerakan seolah-olah masih bertarik tali lagi dengan BN. Andai kerajaan melaksanakan pandangan mereka itu, barulah mereka akan kekal dalam BN. Namun jika sebaliknya, sudah pasti Gerakan akan tetap sertai Pakatan Rakyat bila-bila masa sekarang]. pahangdaily

Posted on 12 Oktober 2008, in Analisis Isu, Berita, Berita Terkini, BN, Gerakan, ISA, Isu Semasa, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: