Najib 23, Muhyiddin 21, Mohd Ali 3, Muhd Taib 2


Salam Perjuangan…

7.25 malam Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-24 dari bahagian Shah Alam manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan pencalonan ke-21 untuk jawatan timbalan presiden.

Bagi naib presiden, bahagian itu mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Khaled Nordin.

7.10 malam Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-23 dari bahagian Kota Melaka, manakala Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapatkan pencalonan ketiga untuk jawatan timbalan presiden.

6.50 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-22 dari bahagian Pontian, Johor, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 20 pencalonan.

Bagi calon naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal an Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

6.50 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-21 dari bahagian Semporna, Sabah, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 19 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, Semporna mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Seri Rais Yatim.

6.26 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-20 dari bahagian Tasek Gelugor, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 18 pencalonan.

Bagi jawatan naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Hishammuddin telah memperolehi 19 pencalonan dan layak bertanding jawatan tersebut. Calon bagi jawatan naib presiden diwajibkan memperolehi 10 peratus atau 19 pencalonan dari 191 bahagian Umno.

6.26 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-19 dari bahagian Batu Pahat, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 17 pencalonan.

Bagi jawatan naib presiden pula, Batu Pahat mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Shafie Apdal.

6.00 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-18 dari bahagian Mersing, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 16 pencalonan.

Bagi naib presiden, Mersing mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

5.55 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-17 dari bahagian Taiping, Perak, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 15 pencalonan.

Bagi naib presiden, Taiping mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Syed Hamid Albar.

5.50 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-16 dari bahagian Bagan Serai, Perak, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 14 pencalonan.

Bagi naib presiden, Bagan Serai mencalonkan Ahmad Zahid, Khalid dan Syed Hamid.

5.25 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-15 dari bahagian Kota Kinabalu, yang juga mencalonkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi jawatan timbalan presiden. Mohd Ali kini mendapat dua pencalonan.

Bagi naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Shafie, Hishammuddin dan Ahmad Zahid.

5.20 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-14 dari bahagian Rompin, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 13 pencalonan.

Bahagian turut mencalonkan Jamaluddin, Hishammuddin dan Shafie untuk jawatan naib presiden.

4.45 petang Bahagian Subang mencalonkan gandingan Najib dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Manakala calon naib presiden ialah Ahmad Zahid, Hishammudin dan Shafie.

Bahagian Jelebu pula mencalonkan gandingan Najib dan Muhyiddin.

4.00 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-13 dari bahagian Rasah yang juga mencalon Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 11 pencalonan.

Bagi naib presiden, Rasah mencalonkan Mohammad Hassan, Hishammuddin dan Isa Samad.

3.45 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-12 dari bahagian Beruas yang juga mencalon Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk jawatan timbalan presiden.

Beruas turut mencalonkan Zahid, Hishammuddin dan Khalid Nordin untuk jawatan naib presiden.

3.40 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kesebelas dari bahagian Cheras yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 10 pencalonan.

Bagi naib presiden, Cheras mencalonkan Hishammuddin, Rais dan Khalid Nordin.

3.30 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kesepuluh dari bahagian Kuantan yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 9 pencalonan.

Bagi naib presiden, Kuantan mencalonkan Hishammuddin, Datuk Jamaluddin Jarjis dan Shahidan.

3.00 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kesembilan dari bahagian Pasir Gudang yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat lapan pencalonan.

Bagi naib presiden, Pasir Gudang mencalonkan Khalid Nordin, Hishammuddin dan Zahid.

2.30 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kelapan pencalonan bagi jawatan presiden dari bahagian Pagoh, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat tujuh pencalonan.

Bagi jawatan naib presiden, bahagian Pagoh mencalonkan, Hishammudin, Rais dan Shafie.

2.20 petang Sehingga ini Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat tujuh pencalonan bagi jawatan presiden. Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat enam pencalonan untuk jawatan timbalan presiden, manakala Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat satu pencalonan.

Najib mendapat pencalonan dari bahagian Bukit Gelugor, Kalabakan , Parit Buntar dan Jempol.

Manakala Tan Sri Muhyiddn Yassin mendapat lima pencalonan sehingga ini, termasuk dari bahagian Bukit Gelugor, Kalabakan dan Jempol.

Manakala Parit Buntar pula mencalonkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk jawatan timbalan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, Bukit Gelugor mencalonkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Manakala Kalabakan pula mencalonkan Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Hishammudin.

Bahagian Parit Buntar pula mencalon Zahid, Syed Hamid dan Tan Sri Isa Samad.

Jempol pula mencalonkan Hishammuddin, Isa dan menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan.

Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut menawarkan diri bertanding jawatan presiden, belum mendapat pencalonan.

Begitu juga dengan dua lagi calon bagi jawatan timbalan presiden – Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Datuk Nur Jazlan belum mendapat pencalonan. malaysiakini

Posted on 12 Oktober 2008, in Berita, Berita Terkini, BN, Pemilihan UMNO, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: