Gempar : Karung Undi Pos Bertaburan Di Sabah, Terbukti Pihak SPR Tidak Bertanggungjawab!!


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR – Insiden karung undi pos yang dijumpai di sebatang sungai di Menggatal, Sabah Julai lepas tidak melibatkan kertas undi pos bagi pilihan raya umum Mac tahun ini kerana tiada sebarang kertas undi yang ditemui, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. “Ia disebabkan oleh kegagalan petugas-petugas pilihan raya mengembalikan semua peralatan pilihan raya yang tidak digunakan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah,” katanya menjawab soalan Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah (BN-Batu Sapi) pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin.

Katanya berdasarkan kepada semakan yang dibuat, didapati sampul plastik yang dijumpai tersebut adalah sampul-sampul plastik yang digunakan semasa pilihan raya umum Negeri Sabah pada tahun 1999. “Oleh sebab terdapat keraguan ke atas dokumen-dokumen tersebut dan memandangkan tempoh masa yang agak lama, maka pihak polis akan membuat pemeriksaan forensik bagi mengesan usia karung berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri berkata sehingga kini pihak polis belum memaklumkan hasil pemeriksaannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurut beliau, hanya selepas disahkan, sampul-sampul plastik berkenaan boleh dimusnahkan mengikut peruntukan Peraturan 25 E Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

“Insiden seperti ini sama sekali tidak akan menjejaskan imej negara, kecuali dipolitikkan kerana ia tiada kaitan dengan pilihan raya tetapi hanya merupakan soal pengurusan peralatan pilihan raya yang boleh ditangani secara pentadbiran tanpa menjejaskan kredibiliti pilihan raya di negara ini,” katanya.

Pada 24 Julai lepas, dilaporkan satu karung berwarna perang yang digunakan untuk undi pos telah ditemui di Sungai Tebobon. Karung berkenaan tertera perkataan “undi pos” dan “Suruhanjaya Pilihan Raya”. Ia mengandungi 10 beg plastik biru ketika ditemui oleh seorang petani yang memotong rumput di kawasan berhampiran. Bagaimanapun, hasil siasatan awal polis mendapati karung berkenaan hanya mengandungi beg-beg plastik kosong.

[Maka kini terbuktilah bahawa SPR memang jahat dalam urusan undi pos ini. Biarpun karung guni yang dijumpai itu katanya kosong oleh pihak polis. Tetapi kita jangan percaya sangat dengan laporan polis dan juga SPR ini. Mungkin isinya telah mereka buang “siapa tahu”. Kerana mereka memang pandai “menipu rakyat” dalam setiap kali musim pilihanraya. Mereka boleh bagi macam-macam alasan kononnnya kreadibilit SPR tidak terjejas dalam isu ini. Walhal SPR di Malaysia sudah diketahui banyak membantu kemenangan kerajaan dalam setiap kali musim pilihanraya, kerana SPR adalah salah sebuah parti komponen Barisan Nasional.] pahangdaily

Posted on 13 Oktober 2008, in Analisis Isu, Berita, Berita Terkini, Demokrasi, Isu Semasa, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: