Tidak Perlu Guna ISA Sekat PR Ambilalih Kuasa


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menyekat Pakatan Rakyat (PR) melaksanakan peralihan kerajaan, kata Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat “Tidak perlu bertengkar, tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam menyekat kami untuk melakukan peralihan kerajaan baru, jalan yang paling baik adalah menyertai PR dan bersama-sama membina sebuah pentadbiran yang berlandaskan syariat Islam,” kata beliau.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu menasihatkan “saudara-saudara daripada Umno supaya beralih kepada PAS atau masuk Parti Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), itu adalah cara yang paling baik”.

Sekiranya kerajaan BN tidak mahu PR melakukan pertukaran kerajaan, BN harus memperbetulkan keadaan yang berlaku sekarang.

Ketika ditanya mengenai masalah yang sering dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyebabkan peralihan kuasa yang dirancang sering kali tertangguh beberapa kali, beliau menjelaskan sesuatu perubahan yang baik apabila ingin dilaksanakan terpaksa melalui pelbagai masalah tetapi Anwar perlu tahu PAS sentiasa menyokong tindakannya itu.

“Bukan senang ambil alih pemerintahan sedia ada, tetapi perlu persediaan lengkap dan bersusah payah mencapai matlamat yang diingini. Tiada kerja mudah… jika nak senang campur susah rasuahlah,” katanya.

Sementara itu, Anwar semalam menegaskan tiada sasaran tarikh tentang peralihan kuasa seterusnya.

“Saya tidak pernah memberi tarikh peralihan kuasa, sebaliknya mengambil langkah yang perlu dalam usaha menyampaikan hasrat rakyat kepada pemimpin,” ujar beliau.

Rakyat telah menyuarakan pendapat serta kemahuan mereka, kata beliau, dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atasnya mengenai peralihan kuasa tidak pernah diendahkannya.

“Lihat sendiri Pilihan Raya ke-12 dan ditambah dengan kemenangan di Permatang Pauh baru-baru ini yang dikatakan mustahil oleh mereka (BN),” ujarnya.

Bercakap pada sidang media ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pimpinan PKR di Kelab Sultan Sulaiman semalam, Ketua Umum PKR itu berkata pembangkang akan cuba menganalisis kembali belanjawan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini pada sidang Parlimen hari ini.

Analisis tersebut, katanya, termasuklah perkara-perkara yang tidak jelas serta perincian jumlah-jumlah tertentu.

Bekas Menteri Kewangan itu juga akan mengulas krisis ekonomi yang kini melanda negara dan berada dalam keadaan bahaya. harakahdaily

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Posted on 13 Oktober 2008, in Analisis Isu, Berita, ISA, Isu Semasa, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: