Keputusan Pak Lah Jejas Pencalonan Khairy?


Salam Perjuangan…

Keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatan presiden Umno, dipercayai telah memberi kesan kepada pencalonan untuk menantunya, Khary Jamaluddin bagi jawatan ketua Pemuda.

Abdullah juga mengumumkan minggu lalu untuk menyerahkan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak – dari 2010 kepada Mac tahun depan.

Berikutan itu, exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir kini mendahului pencalonan dan sudah layak bertanding jawatan ketua Pemuda.

Sehingga ini, Mukhriz telah mendapatkan 40 pencalonan – melepas jumlah kelayakan minimum 39 pencalonan.

Manakala Khairy pula baru mendapat 19 pencalonan pencalonan dan memerlukan 20 pencalonan lagi untuk layak bertanding.

Agak mengejutkan lagi ialah Mukhriz turut mendapat pencalonan dari Perak dan Negeri Sembilan yang menang diketahui menyokong kuat Khairy.

Ketua Pemuda Perak, Zainol Fadzi Paharudin dan ketua Pemuda Negeri Sembilan, Datuk Ir Jamlus Abdul Aziz turut hadir ketika Khairy mengumumkan di Rembau, kesediaannya bertanding jawatan ketua Pemuda.

Peluang Mukhriz Cerah

Tiga lagi ketua Pemuda Umno yang hadir juga di majlis tersebut ialah ketua Pemuda Sabah, Japli Akin; ketua Pemuda Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman dan ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Datuk Norza Zakaria.

Sehingga ini, empat bahagian di Perak – Teluk Intan, Kampar, Ipoh Barat dan Padang Serai – telah mencalonkan Mukhriz untuk jawatan ketua Pemuda.

Mukhriz juga turut mendapat pencalonan dari tiga bahagian di Negeri Sembilan – Rasah, Jelebu dan Jempol.

Walaupun Khairy dijangka mendapat cukup pencalonan minggu, tetapi pemerhati politik menyifatkannya sebagai petanda perubahan dalam parti turut menghakis pengaruh menantu perdana menteri itu.

Sekiranya pencalonan untuk Mukhriz terus meningkat, kata mereka, Mukhriz mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi jawatan ketua Pemuda Umno.

Walaupun, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo turut menawarkan diri dan sehingga ini mendapat 12 pencalonan, tetapi perebutan bagi jawatan tersebut lebih kepada persaingan antara Mukhriz dan Khairy.

Reezal, Razali Layak

Semalam, ketika bercakap kepada pemberita, Mukhriz menyifatkan sokongan terhadapnya itu sebagai mesej jelas menunjukkan bahawa perwakilan mahukan perubahan.

Beliau seterusnya berharap lain-lain bahagian akan turut mencalonkannya sekiranya mereka juga mahukan perubahan.

“Saya amat berterima kasih dan berbesar hati terhadap keyakinan yang diberikan kepada saya perwakilan dari bahagian-bahagian. Saya rasa ia adalah tanda bahawa perkilan mahukan perubahan dan mereka melihat saya mewakili mereka,” katanya di lobi Parlimen.

Mukhriz berkata kejayaan mendapatkan pencalonan yang banyak dalam tempoh yang singkat adalah amat mengejutkan, dan berharap momentum itu akan berterusan.

Sementara itu, dua calon bagi jawatan naib ketua Pemuda – exco Pemuda Datuk Reezal Merican Naina Merican dan ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim – turut layak bertanding Mac depan.

Mereka memerlukan 20 pencalonan untuk layak dan sehingga ini, Razali mendapat 35 pencalonan dan Reezal mendapat 30 pencalonan. malaysiakini

Posted on 14 Oktober 2008, in Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, Kepimpinan, Pemilihan UMNO, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: