Mengenali Mufassir Dari Andalus


Salam Perjuangan…

Ibn Athiyyah nama sebenarnya Abu Muhammad Ab Haq bin Ghalib bin ‘Athiyyah al-Andalusiy. Lahir pada 481H – 541H. Berasal dari keluarga Arab iaitu datuknya Athiyyah bin Khalid bin Khifaf al-Muharibiy yang terlibat dalam pembukaan Andalus. Bapanya adalah al-Hafiz Abu Bakar Ghalib bin Ab Rahman bin Ghalib al-Andalusiy al-Gharnatiy al-Maliky antara ulama Andalus terkemuka pada zamannya. Beliau disifatkan oleh Ibn Basykuwal dalam al-Silat dan al-Zahabiy dalam Siyar A’lam al-Nubala` merupakan seorang yang mempunyai daya ingatan yang cukup luar biasa, mengetahui hadith, ilalnya dan asmak al-rijalnya. Beliau telah mengulang pembacaan al-Jamik al-sahih lilBukhari sebanyak 700 kali.

Ibn ‘Athiyyah lahir sejurus selepas kemenangan tentera al-Murabitin pimpinan Yusuf bin Tasyifin ke atas kristian, dan sekaligus ke atas pimpinan gologan Tawaif yang memerintah mengikut kepentingan masing-masing yang sebenarnya mempelawa kristian membantu mereka untuk memerangi muslim yang lain. Beliau telah berguru dengan kebanyakan ulama Andalus terutamanya ayahnya sendiri, al-Hafiz al-Naqid Abu Ali al-Ghassaniy, al-Hafiz Abu Ali al-Sadafiyy, al-Imam al-Muqri’ Ibnul Bazisy dan al-Faqih Abu Muhammad Ab Rahman bin Muhammad bin Attab al-Qurtubiy.

Beliau telah menulis al-Quran selepas memikirkan beberapa ketika tentang kemampuannya dalam ilmu lantas beliau mendapati kemahiran berbahasanya mendesak beliau agar menulis tafsirnya ini. Bapanya al-Hafiz Abu Ghalib bin Ab Rahman turut menjadi pendorong utama beliau dalam penulisan di mana ayahnya yang tercinta ini sering menggerakkannya sehingga sampai 2 kali pada waktu malam agar menyempurnakan tulisan tafsirnya.

Kata al-Zahabiy dalam Siyar A’lam al-Nubala` beliau telah dibenarkan berfatwa seawal usianya 13 tahun tetapi kerana sifatnya yang warak menyebabkan beliau masih lagi mengelilingi negara Andalus untuk bertemu dan bermuzakarah dengan tuan-tuan guru yang masih ada pada zamannya. Pada usianya 20 tahun beliau telah mula menduduki tempat yang mulia di kalangan ahli Andalus pada zamannya.

Pada tahun 529H beliau telah dipilih menjadi Qadhi di bandar al-Muryat iaitu pada akhir zaman al-Murabitin. Kata Ibn Furhun di dalam al-Dibaj al-Muzhib beliau terkemuka sebagai seorang hakim yang adil, matang dalam keputusannya dan berhati-hati. Beliau memegang amanah jawatan ini selama melebihi 10 tahun. Beliau meninggal dunia pada usia 60 tahun pada pertengahan Ramadhan 541H.

Kebanyakan ulama dari Andalus yang datang selepasnya telah dipengaruhi oleh gaya penulisannya. Ini termasuk al-Qurtubiy, Ibn Juzay , Abi Hayyan dan al-Tha’alibiy. http://zahazanmohamed.blogspot.com

Posted on 14 Oktober 2008, in Dalam Kenangan, Ilmu, Islam. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: