Jambatan Sultan Yahya Kedua Dilancar 13 Bulan Lalu … Tunjuk Kegagalan Kerajaan


Salam Perjuangan…

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar melahirkan kebimbangan kerana setelah dua tahun Koridor Pantai Timur (Ecer) dilancarkan, sehingga kini peruntukan RM30 juta yang diumumkan hanya untuk kajian semata-mata.

Datuk Kamaruddin berkata, perkara ini amat mengecewakan terutama bagi rakyat di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Projek Jambatan Sultan Yahya ke II yang lebih 13 bulan dilancarkan dan untuk pelaksanaan projek selama 30 bulan, tidak sampai 10 peratus dilaksanakan. Perkara ini menunjukkan kegagalan yang jelas di pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu Kamaruddin turut mengemukakan persoalan, apakah Petronas sebagai peneraju utama projek berkaitan tidak bercadang untuk mewujudkan ’supply base’ di Bachok, Pasir Puteh atau Tumpat untuk menyelenggarakan pencarian, penggalian serta penemuan minyak dan gas yang banyak terdapat di persisir lautan Kelantan dan Terengganu.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Amirsham A.Aziz berkata Ecer masih baru dilancarkan dan baru dilaksanakan pertengahan tahun ini.

Jelasnya, kerajaan masih dalam peringkat perundingan bagi mendapatkan pelabur di peringkat sektor pembuatan termasuk industri berkaitan minyak.

Sementara itu, dalam isu yang sama, Dato’ Abdul Ghafur Salleh (BN- Kalabakan) menyelar kerajaan kerana pelaksanaan koridor di Sabah yang dilancarkan dua tahun dahulu sampai sekarang tidak menampakkan sebarang hasil.

“Sudah dua tahun koridor di Sabah dilancarkan oleh Perdana Menteri tetapi sampai sekarang tidak nampak satu butir pasir’ pun saya tidak nampak. Kenapa perkara ini dilalaikan. Mungkinkah kerana ini hanya ‘manisan’ kepada rakyat Sabah sewaktu pilihan raya sahaja?” katanya yang menarik perhatian ahli dewan yang lain. http://mppas.wordpress.com

Posted on 15 Oktober 2008, in Analisis Isu, BN, Isu Semasa, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: