Lim Dakwa Siasatan Dapati AG Salah Guna Kuasa


Salam Perjuangan…

Lim Kit Siang mendakwa di Dewan Rakyat hari ini bahawa siasatan peringkat tertinggi telah ‘mengesahkan’ bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah menyalahgunakan kuasanya untuk mereka bukti dalam perbicaraan Datuk Anwar Ibrahim 10 tahun lalu.

Lim (DAP-Ipoh Timur) membuat dakwaan tersebut ketika membahaskan Bajet 2009 pagi ini.

Memetik sumber-sumber yang tidak dinamainya, Lim memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau difahamkan bahawa Ketua Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut pada Julai.

Katanya, beliau mendapat tahu yang ketua peguam cara negara telah membuat kesimpulan bahawa Gani memang telah menyalahgunakan kuasanya untuk mereka-reka bukti terhadap ahli parlimen Permatang Pauh, yang juga ketua pembangkang.

Ekoran itu, Lim mendesak Abdul Gani supaya meletakkan jawatannya serta-merta.

“Bagaimana kita hendak benarkan seorang penjenayah (berkhidmat) sebagai AG (peguam negara)? Apa yang sedang berlaku kepada Malaysia?”

Dakwaan bahawa Abdul Gani (kiri) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mencipta bukti dalam perbicaraan Anwar 10 tahun lalu, muncul semula dalam satu dokumen mahkamah seorang anggota polis yang telah bersara.

Mat Zain Ibrahim, yang mengetuai siasatan terhadap insiden “mata lebam” yang membabitkan Anwar pada 1998, membayangkan dalam dokumen tersebut, bahawa Abdul Gani melengah-lengahkan proses siasatan dan menyembunyikan fakta-fakta penting dalam kes tersebut daripada pengetahuan peguam negara ketika itu, Tan Sri Mohtar Abdullah.

Abdul Gani ketika itu seorang timbalan kanan pendakwaraya.

Anwar telah membuat dakwaan yang sama terhadap Abdul Gani dan Musa dalam laporan polisnya Julai lalu, tetapi kedua-duanya telah menafikan dakwaan tersebut.

Musa telah memfailkan saman fitnah terhadap Anwar, manakala Abdul Gani juga turut menyuaratkan hasratnya untuk menyaman bekas timbalan perdana menteri itu.

Lim memberitahu pemberita di lobi Parlimen kemudiannya bahawa siasatan tersebut telah dijalankan selepas Anwar membuat laporan polis tersebut.

Pagi tadi, pemimpin kanan DAP itu terbabit dalam perang mulut dengan para penyokong kerajaan, serta memanggil sama sama lain sebagai “orang utan”. malaysiakini

Posted on 15 Oktober 2008, in Analisis Isu, Anwar Ibrahim, Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, Liwat, Mahkamah, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: