Buluhmas, Noradz, Jazmeen : Apa Cerita ?


Salam Perjuangan…

Saya rasa sudah berpuluh-puluh malah hampir beratus orang bertanya kepada saya berkenaan hukum perniagaan Buluh MAS, Noradz Travel dan yang sepertinya. Mereka bertanya melalui ruangan komentar, sms, email, shout box dan pelbagai medium lain.

Walaupun sebenarnya saya ada meninjau ringkas web perniagaan berkenaan namun saya masih belum terpanggil untuk memberikan sebarang komen dan ulasan berkenaan hukumnya. Malah saya juga tidak membacanya secara serius dan sekadar menyelak web mereka beberapa minit sahaja. Ini kerana saya sedang menunggu ‘lampu hijau’ dari pihak berwajib.

Akhirnya, hari ini keputusan saya untuk ‘belum mengulas’ sampai kepada apa yang saya tunggu-tunggu, iaitu respon daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.

Walaupun respon mereka belum MENYATAKAN SYARIKAT YANG TERBABIT DIANGGAP BERSALAH atau TIDAK BERSALAH, namun ia cukup baik kerana siasatan sedang dijalankan, justeru kebajikan seluruh peserta-pesertanya kemungkinan besar lebih terjamin, atau ‘wang peserta’ mungkin juga akan hangus jika aset semua syarikat dibeku oleh BNM tanpa sebarang pampasan, apapun ia bergantung kepada keputusan siasatan.

Telah saya nyatakan berkali-kali kepada semua pelawat web ini yang baik dan mengamil berat hal halal haram dalam pendapatan mereka.

Jika anda ingin bertanya kepada saya hukum sesuatu perniagaan, tolonglah semak terlebih dahulu dengan pihak Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti. Jadilah seorang proaktif dalam melaporkan mana-mana kewujudan syarikat yang sebegini kepada BNM atau Suruhanjaya Sekuriti (SC), selepas itu barulah sesuai ditanya kepada saya atau mana-mana ilmuan Syariah dalam bidang Fiqh Muamalat di mana jua.

Kemudian, satu lagi persoalan diluluskan oleh BNM & SC, semak pula mengapa pula pihak syarikat tidak mahu mengambil penasihat berwibawa untuk menyemak dan mengesahkan sistem dan produk mereka. Jangan lupa, mungkin ada beberpa syarikat yang mengambil mudah dengan meletakkan entah siapa-siapa sebagai penasihat Shariah syarikat mereka bagi mengabui mata pelanggan. Semak latar belakang penasihat Shariah, jadilah seorang yang bijak dan berfikiran panjang sebelum terjebak dan akhirnya menjadi mangsa.

Selain itu, jikakalau perniagaan itu mempunyai sistem yang diakui halal sekalipun tetapi melanggari peruntukan undang-undang yang ada, saya tetap tidak boleh menyokongnya, juga tidak boleh untuk mewarwarkannya sebagai halal. Ia merbahaya kerana mungkin saya pula akan disabit kesalahan kerana seolah berkempen untuk sesuatu perniagaan yang tidak menuruti undang-undang.

Sekadar itu coretan pendek berkenaan hal ini. Semoga dapat mempelajari sesuatu.

Sebarang kata-kata kasar marahkan syarikat atau BNM, dan semua jenis maki hamun, provokasi, emosi tidak tentu hala dan sepertinya di ruangan komentar akan dipadam dan tidak disiar, justeru tidak perlulah ada sesiapa yang ingin membuang waktunya jika ada hasrat berbuat demikian di web ini.

Jika anda terjebak, eloklah memarahi diri sendiri kerana ‘terkena’ sedangkan telah banyak pengajaran sebelum dari ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net

Posted on 16 Oktober 2008, in Berita, Berita Terkini, Ekonomi, Hukum, Islam, Isu Semasa, Mahkamah, Semasa. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. terima kasih atas info ini.

  2. Dengar dan Fikir

    Sokong hujah yang diberikan,..berhati-hati dan berfikir panjang bila melaburkan wang atau menceburkan diri dalam perniagaan terutama MLM atau Network Marketing. Pilihlah product yang berpotensi utk dipasarkan, Market size yang besar, potensi perniagaan tu sendiri dan kekukuhan company. Latar belakang dan akta undang2 perlu dipatuhi..itu sangat penting..

  3. Siasatan BNM dlm kes beberapa buah syarikat terbabit adalah berpunca daripada laporan SESETENGAH pelabur yg ditipu oleh SEGELINTIR sahaja EJEN yg khianat.. Tetapi pada pendapat saya, pihak syarikat menjalankan perniagaan yg halal dan memberikn pulangan kpd pelabur spt yg dijanjikan., cuma ia tidak menepati kehendak dan syarat undang2.

    Soalan saya ;

    -Adakah tindakan BNM membekukan keseluruhan duit syarikat terlibat adalah satu tindakan yg BIJAK..??

    -TIADAKAH TINDAKAN LAIN YG LEBIH BIJAKSANA DAN BERPERIKEMANUSIAAN YG DAPAT DIFIKIRKAN OLEH PIHAK ‘BNM’..?

    -sbhgn besar drpnya adalah duit rakyat malaysia sendiri yg miskin dan bpendapatan rendah dan HANYA smata2 ingin menambah pndapatan utk menyara anak isteri..

    -mereka terpaksa menanggung beban hutang pinjaman bank selama berpuluh2 tahun semata2 kerana UNDANG2 yg manusia sendiri ciptakn..

    FIKIRKANLAH..

    Sepatutnya pihak BNM dgn kerjasama pihak polis, syarikat, dan para pelabur sendiri bekerjasama dlm mencari dan menyisat EJEN yg melarikn duet pelabur dan menimbulkn mslh itu, bkn membekukn duet rakyat yg tak berdosa..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: