PAS Semakin Yakin Anwar Mampu Bentuk Kerajaan


Salam Perjuangan…

Semua khilaf dan salah faham sudah diselesaikan

'Semua khilaf dan salah faham' sudah diselesaikan

Kota Bharu : Parti Islam SeMalaysia (PAS) nampaknya mula ‘beralih angin’ dan semakin yakin terhadap ‘projek 16 September’ ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut satu laporan laman berita dalam talian.

Ini kerana pucuk pimpinan PAS telah bersetuju untuk menghantar lima pemimpin berprofil tingginya menyertai mesyuarat pembentukan kerajaan baru dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP), kata laporan Malaysiakini semalam.

Keputusan biro politik PAS minggu lalu itu direstui mesyuarat jawatankuasa pusat parti tersebut bersama ahli-ahli parlimennya kelmarin.

Selain Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin kanan yang diberi mandat mengetuai delegasi parti itu termasuk timbalannya, Nasharudin Mat Isa; dua naib presidennya, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu; serta Setiausaha Agungnya, Datuk Kamarudin Jaffar.
Nasharudin pernah dikritik kerana berunding dengan Umno tetapi tidak pernah dilaporkan terlibat dalam rundingan dengan gabungan tiga parti pembangkang itu, Pakatan Rakyat (PR). Mohamad pula pernah meragui rancangan Datuk Seri Anwar.

Sebelum ini, semasa mengulas rancangan Datuk Seri Anwar mahu mengambil alih kerajaan Malaysia pada 16 September lalu dan kemungkinan beliau dilantik perdana menteri di bawah kerajaan PR, Datuk Seri Abdul Hadi berkata beliau enggan menjadi ‘ahli politik Mat Jenin’.

Rundingan dengan Pakatan Rakyat sebelum ini dikuasai golongan prokerjasama PAS dengan pakatan pembangkang itu, seperti Datuk Husam, Kamaruddin, ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, dan bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli.

Beberapa pemimpin PAS yang dihubungi Malaysiakini berkata keputusan menghantar lima pemimpin itu dibuat kerana perbincangan ke arah pembentukan kerajaan baru telah ‘sampai ke tahap lebih tinggi’ dan melibatkan perbincangan dasar serta persediaan membentuk jemaah menteri.

Salahuddin berkata keputusan itu dibuat kerana usaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah ‘sampai ke tahap akhir’ dan ‘setiap tindakan memerlukan keputusan segera’.

‘Dulu, kita lebih pada (hal-hal) teknikal seperti (menyusun) agenda bertindak, boleh katakan sekretariat. Sekarang kita berada pada tingkat lebih tinggi yang memerlukan perbincangan tentang dasar politik,’ dedahnya.

Menurutnya, dalam mesyuarat Ahad lalu perbahasan tentang delegasi lima pemimpin tertinggi PAS itu berlangsung dengan ‘sangat positif’ dan mesyuarat bersetuju sebulat suara.

Malah, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad, yang dikatakan pencadang idea tersebut, berkata ‘semua khilaf dan salah faham’ sudah diselesaikan. klpos

Posted on 16 Oktober 2008, in Analisis Isu, Anwar Ibrahim, Isu Semasa, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: