Menifesto Najib Calon Presiden, Kepada Tuhan Saya Bersumpah Dan Berserah!!!


Salam Perjuangan…

Nampaknya TPM Najib Razak, beriya-iya benar untuk merebut jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu Mac ini. Kesungguhan itu diperjelaskan lagi dalam satu menifestonya yang telah diedarkan kepada pimpinan tertinggi parti di peringkat negeri dan bahagian UMNO baru-baru ini. Kami turut menadapat salinan manisfesto tersebut untuk tatapan pembaca. Maka, apa yang jelas Najib mengakui beliau adalah “bersih, sebersihnya”. Segala pertuduhan dan apa yang dikaitkan dengan beliau dinafikan dengan sumpahnya. Najib bertuah kerana tidak berhadapan dengan perbicaraan mahkamah. Ini kerana beliau adalah salah seorang rakyat Malaysia yang diberikan “Imunity” untuk kebal dari segala undang-undang biarpun dirinya masih belum bergelar “Tun”. Sama-samalah kita hayati setiap kata dalam manifestonya ini dan buatlah penilaiaian tersendiri.

Dengan segala takzim dan rendah hati saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan Mac 2009 kelak. Salinan Transkrip adalah kepada yang asal.

:: Maklumat Peribadi ::

Nama :

Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

Tarikh Lahir :

23 Julai 1953

Tempat Lahir :

Kuala Lipis, Pahang


Status Perkahwinan :

Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
5 orang cahayamata (3 lelaki dan 2 perempuan)
1. Mohd. Nizar
2. Puteri Norliza
3. Mohd. Nasifuddin
4. Nooriyana Najwa
5. Norashman Razak

Pendidikan :

1974 – B.A. (Hons) Industrial Economic – Nottingham University, United Kingdom

Portfolio :

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan

Alamat Pejabat :

Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia

No Telefon :

603-88881950

No Faks :

603-88880035


:: Kerjaya ::



2004

Timbalan Perdana Menteri


2008

Menteri Kewangan


1999 – 2008

Menteri Pertahanan


1995 – 1999

Menteri Pendidikan


1990 – 1995

Menteri Pertahanan


1987 – 1990

Menteri Belia dan Sukan


1986 – 1987

Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan


1982 – 1986

Menteri Besar Pahang


1982 – 1986

Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang


1982 – 1986

Pengerusi Majlis Perbandaran Kuantan


1981 – 1982

Timbalan Menteri Kewangan


1980 – 1981

Timbalan Menteri Pendidikan


1978 – 1980

Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos


1974 – 1976

Eksekutif Petronas



:: Politik ::



Sept. 2004

Timbalan Presiden


1993 – Sept. 2004

Naib Presiden


1997

Pengerusi Biro Pendidikan


1988 – 1993

Ketua Pemuda


April 1987

Memangku Ketua Pemuda


1986

Pengerusi BN Negeri Pahang


1986 – 1987

Timbalan Ketua Pemuda


1983 – 1988

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang


1982 – 1983

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang


1982 – kini

Ketua UMNO kawasan Pekan, Pahang


1980 – 1982

Timbalan Ketua, UMNO kawasan Pekan, Pahang


1978 – 1986

Ahli EXCO Pemuda UMNO Pusat


1976 – 1980

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kawasan Pekan, Pahang



:: Sosial ::



1980 – kini

Ahli Kehormat FreeMason Malaysia


1995

Presiden SEAMEC


1988 – 1996

Pengerusi Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan


1982 – 1986

Pengerusi Pahang Foundation


1977 – 1979

Pengerusi Majuternak


1977 – 1979

Persatuan Belia Malaysia



Ahli Royal Sentul Golf Club



Ahli Royal Selangor Golf Club



Ahli Raintree Club



Ahli Royal Pahang Golf Club



Ahli Subang Golf Club



Ahli Saujana Resort (M) Bhd



Ahli Royal Darul Makmur Golf Club



Ahli Lake Club Club



Ahli Air Force Recreational Club


Saya telah diserang oleh musuh-musuh saya kononnya saya mengamalkan upacara agama Hindu. Semua bolehlah merujuk kepada Dato’ Sri S Samy Vellu yang mana beliau boleh mengesahkan bahawa saya tidak pernah bersama-sama dengan beliau di sebarang majlis upacara agama Hindu. Saya sanggup bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya adalah seorang Muslim yang beriman denganNya.

Saya terus dikaitkan dengan pembunuhan Altantunya. Saya sekali lagi ingin bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya tidak pernah mengenali Altantuya. Saya sanggup dihadapkan ke mana-mana mahkamah demi membersihkan semula nama saya yang cuba dicemari oleh mereka yang iri hati kepada pencapaian saya selama ini dalam membangunkan bangsa dan negara. Saya ingin menafikan komunikasi SMS saya dengan peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah mempunyai sebarang unsur salah guna kuasa.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya berkenaan dakwaan saya terlibat dalam skandal perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725. Ianya dibuat melalui proses dan peraturan seperti yang ditetapkan. Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan dari Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter dan Kementerian Pertahanan mengeluarkan LOI kepada penender itu pada 15 September 2008. LOI boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan secara kebetulan ia dikeluarkan pada 15 September 2008. Saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk disiasat oleh PAC atau BPR!.

Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Perwakilan khususnya amat bijak dalam membuat pilihan mereka untuk menentukan pemimpin pada Mac depan. Mereka bijak menilai siapakah pemimpin sebenar yang membela bangsa dan siapakah yang pernah belot kepada perjuangan UMNO dan menjadi agen negara asing.

Tawaran Saya Sebagai Presiden UMNO

Saya akan mempertahankan ketuanan Melayu sehingga ke titisan darah yang terakhir sekiranya saya mendapat mandat Perwakilan Umno sebagai Presiden UMNO pada Pemilihan Mac 2009. Inilah janji dan ikrar saya kepada Almarhum ayahanda saya sebelum beliau meninggal dunia. Saya akan membentuk Majlis Penasihat Presiden dengan dianggotai oleh tokoh-tokoh Umno yang telah bersara terutamanya Bekas Perdana Menteri bagi menghargai pandangan dan idea mereka dalam membawa negara mencapai Wawasan 2020. Saya akan memastikan bahawa keluarga saya tidak akan terlibat dalam perniagaan atau campur tangan dalam urusan pentadbiran negara. Saya akan menunaikan tanggungjawab saya tanpa sebarang pengaruh negara luar.

Kita sedar bahawa BN agak tercalar sedikit dalam keputusan Pilihanraya Umum Mac lepas. Saya akan melakukan apa sahaja bagi mengembalikan kegemilangan UMNO dan Barisan Nasional. Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan apa cara sekalipun bagi menghapuskan elemen-elemen perosak kestabilan dan keamanan dalam negara. Akhir sekali saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin Umno yang mendapat mandat Perwakilan Mac depan. Masa depan bangsa yang bersifat “Glokal” akan terus megah berdiri dalam mengharungi arus globalisasi. Kepada Tuhan saya berserah!

[Inilah dia menifesto Najib Razak dalam usaha untuk meraih sokongan perwakilan UMNO untuk mencalonkan serta memilih beliau sebagai Presiden parti itu Mac nanti. Apa yang menarik ialah beliau gemar bersumpah. Namun yang peliknya, Sumpah dengan nama Tuhan tapi bukan dengan nama Allah. Bahkah diakhirnya beliau juga menyatakan “kepada tuhan saya berserah!” dan tidak kepada Allah. Dalam kes helikopter, beliau juga sedia disiasat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan Badan Pencegah Rasuah. Maka, apa yang ditunggu lagi? PAC dan BPR haruslah bertindak mulai sekarang !!] pahangdaily

Posted on 20 Oktober 2008, in Analisis Isu, BN, Isu Semasa, Najib, Pemilihan UMNO, Politik, Semasa, Siasah, Sosial, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: