Manifesto Najib Razak, Benarkah Bakal PM Itu Ahli Koprorat FreeMason Malaysia!!!


Salam Perjuangan…

Satu berita menggemparkan telah berlaku, dan kami sendiri tidak perasan akan isu ini. Ianya berkaitan dengan laporan tentang Manifesto Najib Razak dalam artikel terdahulu. Sungguh, tidak disangka-sangka bahawa dalam maklumat tentang “perkhidmatan sosial” Najib, ada menyebutkan beliau adalah “Ahli Kehormat FreeMason Malaysia” sejak 1980 hingga sekarang. Ramai yang tertanya-tanya, dari manakan maklumat ini diperolehi?. Kami sendiri terkejut dengan maklumat berkenaan. Namun, suka diingat bahawa segala maklumat berkenaan telah dihantar oleh salah seorang puak-puak UMNO sendiri menerusi “database” profail peminpin UMNO yang terdapat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Jika benar Najib adalah Ahli Korporat FreeMason Malaysia. Maka ini adalah sesuatu yang harus diberi perhatian dan lebih besar untuk kita perkatakan. Perkara ini amat mengejutkan semua pihak. Namun, kami tidak berani untuk mengiya atau menidakkannya. Hanya pembaca sendiri boleh menilai dan menyiasat perkara ini. Kami hanya menyiarkan salinan asal maklumat berkenaan sahaja.

Maka itu disini sedikit kami huraikan tentang Freemanson dan serta kaitan dengan musuh-musuh Islam dengan identiti yang tersendiri dan sangat-sangat menjijikkan. Maka jika benar bakal PM Malaysia terlibat sebagai Ahli Kehormat FreeMason Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menolak beliau naik. Jika tidak sudah pasti seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam akan berada dalam keadaan bahaya. Sudahlah selama ini kita dirosakkan dengan “Islam Hadhari”. Mungkinkah pula selepas ini kita akan ditanamkan pula dengan “Islam Glokal” pula. Sila rujuk dibawah :-

ZIONISME

Tentu sekali anda menyangka Zionisme merupakan gerakan utama yahudi. dewasa ini juga zionisme sering terpampang di media cetak terutama di dada-dada akhbar, pastinya. zionisme merupakan ideologi yang dianuti yahudi dan ada juga dari bangsa lain. Ia mula wujud sejak penulisan buku ‘Negara Yahudi’ karangan karut Theodore Hertzl. Tujuan utama ideologi sesat ini tidak lain tidak bukan membina Haikal Sulaiman ditapak Masjidil Aqsa sekarang juga menubuhkan Negara Sekular untuk bangsa Yahudi laknatullah. Bersama protokol-protokol yahudi yang hengseng.

BILDERBERG

Joseph Retinger yang merupakan penasihat politik Poland membuat persepakatan dengan putera raja dari Belanda iaitu Bernhard bersama-sama Perdana Menteri Belgium, Paul Van Zoeland. Telah rancak menggiatkan sebuah pertubuhan ‘Bilderberg’ yang menerapkan kebebasan bersuara dalam muktamar mereka. Bilderberg juga mengatur rencana untuk menguasai Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara (NATO), iaitu ketenteraan berpuluh-puluh negara dan mempunyai aset peperangan bernilai berbillion-billion ringgit serta pangkalan tentera di merata-rata wilayah yang boleh diatur bila-bila sahaja. kesimpulannya, Bilderberg memegang jatuh naik sesebuah negara. contohnya, Amerika telah menandatangani perjanjian dengan India untuk membangunkan senjata nuklear. Kesannya, kita akan lihat India sudah sebaris dengan Russia, Perancis, dan Jerman. Tetapi apabila Iran mahu membangunkan kuasa nuklear untuk tujuan keamanan, segera dihalang Britain, Perancis, dan Jerman. Sungguh, Bilderberg benar-benar menguasai dunia melalui Amerika dan Eropah, sedangkan Bilderberg itu sendiri di bawah Zionis. Mudahnya, zionis memegang dunia.

FREEMASON

Bermula 10 Sya’ban 1398H bersamaan 15 Julai 1987 masihi, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa, kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan ‘Freemason’. Impak pertubuhan paling lama bertapak di muka bumi ini menghasilkan implikasi yang benar-benar, paradoksnya. Berhasrat untuk merampas kembali Palestin dari Kristian untuk membina kembali Haikal (Istana) Nabi Sulaiman. Asetnya tidak manimalis, malah akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Namun, selepas zaman Revolusi Eropah pada kurun ke-17 yang merakamkan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam, perhatian terus dihala kepada Islam.Pertubuhan ini dianggotai bangsa Yahudi tulen, persis Ariel Sharon, Ehud Barak, dan lain-lain. Freemason mempunyai beberapa pertubuhan yang dinaunginya serta menggunakan simbol yang sukar ditafsir, seperti matahari, bulan, mata, pyramid. Antara pertubuhan songsang mereka, Illuminati, Pertubuhan B’nai B’rith, Pertubuhan Bahaiyah – menimbalkan keraguan dalam hati umat Islam mengenai agama yang disyiarkan dan dianuti.Pertubuhan Kesaksian Yehova. Gerakan ini amat banyak di Malaysia yang berselindung disebalik Badan Kebajikan Lions Club dan juga Rotary Clubs. Bahkan ramai juga orang Islam yang terlibat dengan gerakan ini atas nama kebajikan untuk menarik perhatian umat Islam.

ILLUMINATI

Secara nyatanya sejarah awal penubuhan Illuminati yang diambil dari makna perkataan Lucifer(Iblis) yang bererti ‘pemegang cahaya’. Illuminati ini tidak lain hanyalah satu ideologi yang berperintahkan pemerintahan tunggal yang tunduk pada tuhan(kononnya) mereka, iblis. Illuminati juga menguasai media dengan mengaburi mata dunia dengan perancangan pelbagai peperangan dan revolusi menjadi kunci mereka dapat menguasai negara-negara lain. Dengan kehendak Tuhan, apabila utusan Illuminati membawa dokumen penting untuk revolusi di Perancis, mati dipanah petir diatas kudanya sendiri tika dalam perjalanan dari Frankfurt menuju kota paris. Pihak Polis menjumpai dokumen-dokumen penting Illuminati lalu diserahkan kepada pihak pemerintah.Akhirnya, arahan untuk menutup “Lodges Of The Grand Orient” (sarang sulit pertubuhan Illuminati) berkuat kuasa terhadap semua sarang tersebut di Bavaria.

Diasaskan oleh Adam Weishaupt, seorang Freemason, Yahudi Jerman yang berfahaman Zionis. Beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Ingolstadt, Jerman. Asas segala semangat Zionis bermula dari dasar-dasar Adam Weishaupt. Walaupun begitu, Zionist merupakan musuh kita, tetapi bukan kaum Yahudi. Kita sebagai umat Islam dilarang menghina kaum Yahudi. Ini kerana, isteri Rasulullah S.A.W bernama Safiyah bt. Huyay (Bani Quraizah) keturunan Yahudi dari susur galur Nabi Harun A.S. Kita boleh berkawan atau berkahwin dengan orang Yahudi kerana mereka seperti kita juga. Ramai di kalangan orang Yahudi sendiri menentang Zionis. Bagi mereka, Zionis golongan sesat yang menyembah Lucifer (Iblis). Apa yang penting, kita jangan ikut telunjuk Yahudi Zionis yang ternyata ingin memusnahkan kita. Yahudi Zionis adalah dari keturunan Khazars yang sememangnya menentang agama Islam, agama Kristian dan semua agama di dunia ini.

13 keluarga pendokong Illuminati yang paling berkuasa di dunia sejak berzaman – Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassis, Reynolds, Rockefeller, Rothchild, Russel dan Van Duyn. Mereka menguasai dunia di sebalik tabir. Mereka menguasai ekonomi, kewangan dunia, sistem geopolitik, kelas sosial tinggi, pentadbiran kerajaan, sektor swasta & NGO, pendidikan tadika sehingga ke peringkat universiti (terutamanya Oxford, Cambridge, Harvard, Yale), pentadbiran agama, kumpulan “underground” terancang hampir seluruh negara. Mempunyai jentera dan jaringan yang terluas di dunia merentasi 7 benua 7 lautan. Berasa kaget? Lawat laman ini untuk maklumat lanjut. http://www.bibliotecapleyades.net/bloodlines

ILLUMINATI DAN FREEMASON

Setelah buku “The Original Writings Of The Order And Sect Of The Illuminati” yang menyingkap kejahatan Illuminati diterbitkan oleh kerajaan Bavaria pada 1786, Weshaupt terus mengerahkan anggota-anggotanya menyusup ke sarang sulit “Blue Masonary”. Kesan kemasukan Illuminati ke dalam Freemason menyebabkan hampir 40% daripada ahli-ahli Freemason merosot di Amerika. Ini jelas menunjukkan kedudukan illuminati sebenarnya telah mengatsi Freemason pada hakikatnya namun untuk terus mengaburi mata dunia, hanya namanya diletak dibawah Freemason.

[Kami ucapkan terima kasih atas keperihatinan pembaca berkenaan dengan perkara ini. Maka itu, ayuh bangkitlah rakyat Malaysia terutamanya umat Islam agar rancangan Najib ini tidak diteruskan. Jik aia berlaku juga maka kita akan berada dalam situasi yang sungguh bahaya. Apapun kami masih menjalankan siasatan yang rapi akan perkara ini. Kami juga tidak mengajak anda terus percaya dengan berita ini. Jika tidak benar Alhamdulillah, namun jika benar? Sama-samalah kita ambil iktibar akan perkara ini. Selamatkan Malaysia. TG Nik Aziz pernah mendedahkan keterlibatan ramai pemimpin UMNO dengan pertubuhan ini dulu, sila baca sini untuk maklumat lanjut berkenaan perkara itu]. pahangdaily

Posted on 21 Oktober 2008, in Analisis Isu, BN, Isu Semasa, Najib, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. 17 Komen.

  1. emm….freemason….group ini telah diharamkan di gereja katolik kerana mereka berimpian untuk memusnahkan gereja2 di dunia…..bukan sahaja katolik, mereka juga berhasrat utk menakhluki dunia. berhati2 saudara semua……mereka ni byk terdiri drpd ahli2 korporat n org2 kaya dlm senarai Forbes. Hati2 ya?

  2. Tapi bila aku tgk la kat bendera PKR tu, ada lambang mcm mata satu… Kalo dibanding dgn lambang Illuminati ni… xde bezanya…. Humm musykil gak aku…. Najib ni ahli Freemason atau Anwar Ibrahim? Kalo diikutkanlah… Aku ada tgk satu video yg memaparkan Anwar byk menghadiri majlis-2 anjuran Barat, terutama majlis yang berkaitan dgn pertubuhan Yahudi… Sesiapa boleh jawab?

    aku ada simpan video tu tp dlm format zip la…. Kalo sesiapa sudi download, silakanlah… Saya bukan menuduh… Cuma musykil dan ingin maklum balas…

    http://www.ziddu.com/downloadlink/2197335/PAS.rar

  3. kita ada alim ulama,ada ramai golongan professional.kenapa kamu semua tak mahu duduk berbincang??buang ego msg2..kami golongan muda patut dipimpin oleh kamu semua..

  4. politikusmondoki

    kembali kepada syariah islam….tegakkan kembali pemerintahan islam sistem khalifah…ayuh pemuda islam….kamu adalah mujahidin muda….bersatu membela islam.buang ideologi politik kamu…bersatu dibawah panji Islam…

  5. Dalam banyak2 parti politik di Malaysia parti mana yang mempunyai logo satu mata(iluminati) dan pemimpinnya pro-amerika(payung besar)??

    pikir2kan lah dan selamat beramal…..

  6. hancurlah sesiapa sahaja yang khianat pada ugama dan umat islam
    dan sesiapa yang berpura-pura kerana tuhan tahu semua hal dan didunia ni tuhan
    bagi peluang sebentar sahaja untuk perangkap orang kafir dan munafik nanti balik
    akhirat hiduplah dalam neraka buat selama-lamanya.orang munafik ni dia kawan
    dengan yahudi dan nasrani untuk menghancurkan ugama islam secara terang atau
    secara halus tapi ingatlah tuhan tu maha mengetahui carilah tempat yang boleh
    lari dari tuhan jika boleh tak mungkin pada yang mahu insaf tu cepatlah sikit sebelum
    malaikat maut datang.tinggalkan yahudi dan nasrani dan hiduplah cara nabi s.a.w
    hidup ini sangat singkat janganlah tertipu dengan dunia yang tiada harga pada sisi
    tuhan kerana ia adalah fana akan hilang satu masa nanti dan takkan ujud lagi buat
    selama lamanaya……. fikir….fikir…..fikir…fikir la wahai anwar ibrahim,khairi
    jamaludin,mahathir muhamad,abdulah badawi,najib razak ingat hangpa tu mulia
    sangatka asyik menipu manusia dan kerjasama dengan yahudi ingat kita tak tau
    kaa tuhan lagi tau laa …….trick dengan tuhan boleh ker …..

  7. Terdapat pelbagai halaman mengatakan Mahathir adalah Freemason, dan begitu juga Najib yang didakwa sebagai ahli kehormat Freemason. Ini adalah kebiasaan sepertimana sultan-sultan juga menjadi ahli Freemason.

    Dakwaan lain ialah Anwar juga adalah Freemason. Ini kerana terdapat pelbagai fakta dirinya sangat berkait rapat dengan amalan Freemason dan hubungan rapat beliau dengan orang-orang kuat persatuan tersebut, cth Paul Dundes Wolfowitz. Fakta lain yang dikaitkan ialah lambang “mata satu” dalam Parti Keadilan. Semua menampakkan perancangan bermula dari dalam penjara untuk menumbuk mata, yang mana kebetulan dengan “mata satu” dalam Freemason (http://www.calodges.org/no672/famous_masons.htm).

    Oleh itu saya mempunyai satu persoalan yang bermain-main difikiran, iaitu andainya dakwaan betul, kenapakah dua orang yang berada di dalam satu persatuan yang mengamalkan “absolute loyalty” boleh berbeza agenda? Adakah ianya atas dasar strategi, sepertimana George Bush dan John Kerry? Adakah ianya strategi Freemason menjatuhkan PAS?

    Terdapat satu strategi dipanggil “Lure the tiger down from the mountain”; i.e. “..the tiger which is indegenous to the mountain is difficult to hunt in her natural terrain. By luring her out of the mountain onto the open field where you each have an equal chance of winning, you remove the adavantage and put her stronghold at risk…”.

    Kekuatan PAS adalah perjuangan agama, dan kekuatan Anwar juga adalah dari latar belakang perjuangan agama. Ini adalah persamaan yang memungkinkan PAS bersatu dengan Anwar. Oleh itu mungkinkah ini perancangan Freemason untuk menarik PAS turun dari bukit pertahanannya, sepertimana perubahan polisi yang berubah 180 darjah pada hari ini?

    Anda fikirkan sendiri kemunasabahannya arena politik hari ini, sebelum harimau terkubur menjadi permaidani…

  8. Yup stuju sangat dengan pendapat Commentor, rasanya Anwar n his political movement deliberately make themselves as pawns to bring down org yg ikhlas berjuang atas maksud agama. Revolusi, kancah pembunuhan beramai-ramai, holocaust, communisme, liberalism, perpecahan kaum, lesbianism, gayism, fasistism sume ada kaitan dengan agenda jahat freemason/illuminati (Tokoh terkenal/ Nobelist mereka spt Karl Marx, Dao Xiopeng, Hitler, Darwin ada 6 x hengat, these “Nobelists” were the mastermind of many genocides during this millenia, even killing their own blood!)….they could have been started the whole things before the era of our Rasullulah saw, mabbe during the day they were enslaved by the babylon tyrants. Even ajaran syiah spt taqiah pun ada mirip kepada ajaran yahudi (x hengat nama dia..srry)

    , sbb syiah founded by Abdullah Sabak (converted jew) who slandered Abu Bakar, Umar and Uthman……Abdullah Sabak dibuang ke Madain (ibunegeri Iran)

    , Samiri (cannot remember the resource tho) dihalau oleh Musa as dan lari dikawasan benua India….see who worshipping lembu as to their holiness?….angkara jahat golongan yahudi/freemason nie le yg menguasai dunia

    food yg kite makan nie pun tgk le sume processed food, kalu nengok mknan kite mostly injected dgn chemicals substance through our daily consumption….baek jadi petani/pesawah yg raise ur own cattle, poultry through organic insyallah there is no penyakit pelik2, male with breast n etc…..

    we’re just a mere sheep who intelligently knows how to solve problems but stupidly enough to bow to their orders, and being controlled by these neo-facists for many years…it just like a movie matrix, either you choose to sleep and walks on ur fantasy world or wake up and start giving up yourself solely to Allah in full-heartedly and witness that Rasullulah saw is His Rasul and insyallah Allah will open up our eyes and soothing our emotionally suffered pain through solat, doa, zikir and reciting quran……back to Allah back to Allah back to Allah, Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar wallilailham….waallahualam.

  9. disini saya bkn nak menegakkan Anwar tetapi jgnlah kita cepat membuat keputusan berdasarkan sangkaan dimana ramai org mengaitkan lambang PKR dgn freemason. Adakah hanye kerana lambang kita boleh mempersoalkan keimanan seseorg? Sepatutnye kita kembali kepada syarat2 pemilihan Ketua berdasrkan syariat Islam. Satu lagi ape beza malayan union dengan 1Malaysia?? ada sapa 2 boley terangkan tak? Dan kita sedia maklum siapa yg merperkenalkan konsep 1malaysia yg menghakiskan konsep perpaduan ummah(PAS)……….dan ingtlh mengikut buku karangan HarunYahya, ahli freemason adalah org yg berpangkat n sekular so fikir fikirknlh siapa yg mendokong dakyah sekular dlm malaysia

  10. salam,

    KORANG TAK NAMPAK KE KEBODOHAN KORANG?!!! BODOH DAN BANGANG!!!
    KERANA POLITIK NAMPAK JELAS PERSELISIHAN ITU BERLAKU!
    BUANG MASA ASSUME ORANG NI LA ORANG TU LA FREEMASON!!
    KALAU MACAM NI, KORANG TU SENDIRI DAH SECARA TAK LANGSUNG AHLI FREEMASONS!
    JANGAN LA NAK KELAM KABUT NAK EMPHASIZE SAPE AHLI FREEMASON! YANG PENTING TAHU MOTIF SEBENAR PERTUBUHAN INI! DAN CARI JALAN UNTUK KITA BERSATU.. BUKAN BERGADOH! MENABUR FITNAH!
    MACAM MANA PULAK SI PARTI PAS NI BOLEH SAH TANPA AHLI FREEMASON? PIKIR LA! YAHUDI TAK BODOH LA! DAH PASTI DIORANG TAU SALAH SATU CARA MENYEBARKAN IDEOLOGI MEREKA ADALAH DENGAN AGAMA! PIKIR AR BALIK! DIORANG BOLEH GAK PAKAI SERBAN!

    TAK PAYAH NAK BUAT ASSUMPTION APA2.. UNTUK PENULIS BLOG NI, ‘TAK NAMPAK KE APA YANG KAMU DAH BUAT KAT UMAT ISLAM TU SENDIRI? KAMU DAH MEMBANGKITKAN FITNAH SECARA TIDAK LANGSUNG.. KAMU DAH WAT ORANG LAIN DISINI MELAKUKAN FITNAH TNAPA DISEDARI!.. KE KAMU NI FREEMASON? TAKNAK TUDUH.. TAPI APE YANG KAMU BUAT NI SAME JER NGAN APA YANG FREEMASON BUAT..’

  11. Hamba Allah

    Salam..
    Hope suma umat islam bertenang..
    Islam tidak mengajak kita melakukan fitnah..
    Islam juga mengajak kita bersatu…
    Islam menyuruh kita bebruat baik sesama manusia…
    Mencari ilmu itu penting..
    Mencari yang hak dan yang bathil juga penting…
    Tiada salahnya disini jika kita mahu mengkaji serta menyelidik seseorang..
    Seperti kita mengenali Rasul-rasul..
    Ini sebenarnrya akan menambahkan keimanan kita kepada Allah..
    InsyaAllah….
    Saya berharap..saudara2,carilah,bongkarlah,selidiklah…
    Segala Rahsia yang ada…
    Dengan nama Allah..
    agar saudara2 mendapat petunjuk darinya…
    Jangan kita mendustakan seseorang,tanpa usul periksa…
    Allah itu Maha Mengetahui lg Maha Merancang sesuatu…
    Moga kita dijauhkan dari tipu daya iblis dan syaitan..
    Kerana itulah janjinya..
    Menggoda anak Adam..
    Sehingga Hari Kiamat..
    Ayuh…kita sama2 bersatu..umat manusia..umat Islam akhir Zaman…
    Kita sama2 berdoa..agar kita tidak terjerat..
    Amin…Salam
    (saya juga menasihati hati saya juga…)

  12. teringat saya hanya satu saja..

    kata2 dari ayah saya…

    yang mana dia dapat dari ayahnya….

    islam wa in dan nas…
    kafir wa in dallah…

    islam di mata manusia..
    kafir di mata ALLAH…

    rasanya?

    kita di mana?

  13. Kita tak boleh sembarangan yang Anwar itu betul-betul ahli atau pun tidak. Agak aneh juga…. aku cuma fikirkan… untuk melawan seseorang atau sekumpulan orang… matlamat yang paling utama adalah mengetahui strateginya… kita sukar mendapatkan strategi kalau tidak daripada dalam…. maksudnya.. menjadi ahli…. atau satu lagi kemungkinannya…. adalah terdapatnya usaha yang disengajakan untuk memburukkan seseorang… wallah hu alam

  14. dosa fitnah lebih besar daripada membunuh!!!!!!!!!!

  15. shaarifah munirah

    urmmmm

  16. sebarkan je pada media… biar padan muka

  1. Pingback: sabahdaily » Benarkah Bakal PM Ahli Koprorat FreeMason Malaysia..?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: