Dulu “Hakim Correct Correct Correct”, Kini “Speaker Reject Reject Reject”!!


Salam Perjuangan…

Nampaknya benteng terakhir kerajaan UMNO dan Barisan Nasional masih lagi ampuh untuk menyekat segala kebobrokan pemimpin mereka. Jika dulu kita dikejutkan dengan gelagat “Hakim Correct, Correct, Correct”, kini sejak sekian lama kita disajikan pula dengan “Speaker, Reject, Reject, Reject”. Maknanya Speaker Dewan Rakyat yang dilantik oleh kerajaan itu, tugasnya memastikan setiap usul yang dibawa ke parlimen jika didapati boleh “menjerat” kerajaan maka ia harus ditolak sejak awal-awal lagi. Maka bermulalah episod penolakan usul yang dibawa oleh pemimpin pembangkang di parlimen sejak mutakhir ini. Bermula dengan penolakan usul “undi tidak percaya terhadap PM” yang ingin dibawa untuk dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr.Wan Azizah Ismail ketika itu.

Penolakan tersebut jelas sekali menyebabkan para pemimpin pembangkang tidak berpuas hati dan kecewa. Inilah yang menyebabkan mereka sedikit kecoh ketika di dewan rakyat. Apa tidaknya, jika senario ini berlaku kepada kita sendiri pun mungkin kita akan marah dan dukacita. Segala usul panas yang sepatutnya dibahaskan tetapi ditolak awal-awal lagi oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia itu. Begitu juga usul yang ingin dibawa menerusi Timbalan Speaker, Wan Junaidi turut menyekat dan menolak segala usul-usul yang dipercayaai bakal menyebabkan BN “terduduk” itu !

Terkini, Dewan Rakyat telah menolak usul pembangkang untuk membahaskan mengenai keputusan kerajaan mengharamkan Hindu Rights Actions Force (Hindraf) dengan alasan perkara tersebut tidak perlu disegerakan. Menurut laporan media, Keputusan penolakan tersebut dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia dalam kamar. Katanya beliau menolak usul itu dibawa kerana perkara sedemikian tidak mempunyai keperluan untuk dipercepat atau disegerakan. “Kalau usul ini perlu disegerakan, baru saya akan benarkan. Tapi apa keperluannya Yang Berhormat untuk kita bahaskan kes Hindraf ini dalam perbahasan bajet? “Jangan pergunakan sewenang-wenangnya untuk perkara 18 (1) untuk bahas usul, undi tidak percaya pun nak bawa guna 18 (1),” katanya. Padahal usul tersebut adalah berkaitan dengan rakyat !

Kemudian diikuti pula dengan penolakan terbaru perihal usul tergempar mengenai percalonan perlantikan ketua hakim negara, Zaki Azmi. Penolakan tersebut dibuat oleh Timbalan Speaker, Wan Junaidi Tuaku Jaafar setelah dicadangkan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub mengikut perkara 36(8) yang melarang perbincangan mengenai perbuatan atau kelakuan seorang hakim. Sebelum ini juga usul untuk membahaskan tentang Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) juga telah ditolak bulat-bulat oleh Speaker terbabit. Maka itulah kita yakin dan tidak terkejut bila mahkamah menjadi medan pergaduhan antara pemimpin pembangkang dengan kerajaan. Apa tidaknya, jika semua usul-usul penting untuk rakyat dihalang untuk perbahasan maka terpaksalah mereka berbahas usul-usul yang mengarut yang langsung tidak mendatangkan hasil untuk rakyat terbanyak. Sepatutnya segala isu sensitif yang melibatkan rakyat dibahaskan dan dicari jalan penyelesaiannya di Dewan Rakyat. Namun, langkah menolak awal-awal usul-usul terbabit sebelum ia dibahaskan ternyata satu langkah “khianat” untuk pihak Dewan menyelamatkan kerajaan pemerintah itu.

Kami juga yakin, seandainya usul “undi tidak percaya kepada PM” yang ingin dibawa oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (PKR Permatang Pauh) dibawa ke parlimen, sudah pasti ia akan ditolak oleh pihak Speaker itu awal-awal lagi. Maka jika ini tidak berlaku?, bagaimanakah caranya perubahan kerajaan dapat dilaksanakan. Speaker seolah-olah menjadi “benteng terakhir” untuk menyelamatkan sebuah kerajaan yang lemah dan sudah ditolak oleh rakyat. Sepatutnya speaker perlu bersikap profesional dan adil kepada semua pihak. Ini tidak, mereka lebih nampak “bias” kepada pihak kerajaan dalam mengendalikan persidangan dewan rakyat. Apakah kita dapat melihat sebuah sistem demokrasi yang benar-benar subur di negara kita, jika di dewan rakyat sendiri pun berlaku satu keadaan yang amat memualkan itu. Terkadang, kita yang berada diluar sendiri pun “bengang” melihat dan mendengar semua usul-usul penting itu ditolak bulat-bulat oleh speaker. Apakah ini bermakna, mereka merujuk dulu kepada PM dan TPM sebelum menerima sesuatu usul tersebut. Jika ini berlaku maka amat malanglah negara kita mempunyai dewan rakyat seperti itu. Demokrasi yang dilaungkan hanya retorik semata-mata, yang jelas mereka menggunakan kuasa di dewan pula untuk menidakkan kemaraan Pakatan Rakyat itu sendiri.

[Sebenarnya rakyat melihat dan sedar akan perkara ini. Namun apalah daya kita untuk melakukan apa-apa. Cuma apa yang dapat kita lihat ialah ahli-ahli parlimen kita terus diperbodohkan oleh satu sekatan dan undang-undang Dewan Rakyat yang jelas digunakan untuk menyekat suara sebenar mereka di parlimen. Justeru itu, rakyat perlu bangkit untuk membolehkan fenomena yang berlaku ini dapat dihalang pada masa yang akan datang. Jika tidak masa depan generasi kita pasti akan terancam dengan segala sistem yang telah diperkotak-katikan oleh manusia yang ingin terus berkuasa biarpun mereka telah ditolak oleh rakyat sebenarnya !]pahangdaily

Posted on 22 Oktober 2008, in BN, Isu Semasa, Parlimen, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: