Husam Persoal Tindakan Paksa KWSP Selamatkan Saham


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa mempersoalkan tindakan kerajaan memaksa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melabur sehingga RM5 bilion untuk menyelamatkan saham di bawah nilai serta melindungi pelaburan dalam syarikat milik kerajaan.

“Apa istimewanya syarikat tersenarai di pasaran saham yang diumpankan ‘hantaran’ sebesar itu? Tak kena gaya, RM5 bilion hilang sekelip mata bila dicampakkan ke lubuk pasaran saham yang belum terhenti merudum,” kata beliau.

Beliau menyifatkan langkah tersebut menunjukkan kerajaan tidak bersifat saksama dalam menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat.

“Langkah memperuntukkan RM5 bilion untuk pasaran saham, tetapi sepi dalam langkah-langkah meringankan beban rakyat dan merancakkan ekonomi, adalah langkah berat sebelah,” kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu.

Jumlah RM5 bilion itu bukanlah jumlah yang kecil, katanya, malah lebih besar dari RM4 bilion yang pernah dijimatkan oleh kerajaan dengan menaikkan harga petrol dan diesel yang telah menyulitkan kehidupan rakyat satu masa dulu.

Tindakan kerajaan “mengutip” sehingga RM4 bilion dari poket rakyat itu menyebabkan mereka menderita, katanya.

Husam seterusnya mempersoalkan mengapa wang sebesar RM5 bilion itu tidak boleh diperuntukkan bagi merancakkan ekonomi negara seperti langkah “pump priming” atau insentif fiskal yang lain.

“Dua isu besar yang dihadapi oleh rakyat ialah kos hidup yang amat membebankan dan kedua, ekonomi yang lembab termasuk kejatuhan harga komoditi utama.

“Langkah-langkah mudah dan segera boleh dilakukan kerajaan untuk menurunkan kos hidup dan belanjanya tidak sebesar yang diperuntukkan untuk melonjakkan pasaran saham yang ternganga luas,” katanya.

Antara langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan untuk meringankan bebaban rakyat, katanya lagi, ialah menurunkan semula tariff elektrik selari dengan penurunan harga minyak kerana asas yang digunakan oleh kerajaan untuk menaikkan tariff elektrik dulu ialah kenaikan harga minyak.

“Bila minyak sudah turun, tariff elektrik kekal tinggi, mengapa?” soal beliau.

Kerajaan juga, katanya, boleh menurunkan harga gas memasak seperti dicadangkan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM).

Harga tabung gas memasak 14 kilogram dinaikkan kepada RM24.50 ekoran kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api tidak lama dulu dan belum diturunkan, kata Husam.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan menyediakan dana tambahan RM5 bilion bagi menggandakan saiz Valuecap Sdn Bhd kepada RM10.3 bilion dan melabur di dalam saham di bawah nilai serta melindungi pelaburan dalam syarikat milik kerajaan.

Menurut beliau yang juga Menteri Kewangan, kerajaan berharap suntikan dana itu akan memberikan sokongan yang sangat diperlukan oleh saham-saham utama atau blue-chip yang kini tertinggal ke belakang di bursa-bursa tempatan. – harakahdaily

Posted on 22 Oktober 2008, in Berita, Ekonomi, Krisis Ekonomi, KWSP, Saham. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: