Isu Manifesto Najib, Wartawan Portal Berita Malaysiakini Akhirnya Letak Jawatan!!


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR – Seorang wartawan portal berita Internet, Malaysiakini yang menulis laporan palsu berhubung manifesto Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan hari ini. Wong Choon Mei yang bertugas di Malaysiakini sejak tiga bulan lalu mengambil keputusan itu bagi memikul tanggungjawab terhadap kesilapan laporan berita tersebut. “Ia salah saya dan saya bersedia bertanggungjawab terhadapnya serta meletak jawatan,” kata wartawan itu seperti yang dilaporkan dalam laman web Malaysiakini. Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan dilaporkan menerima peletakan jawatan Choon Mei yang berkuat kuasa serta-merta. Choon Mei mengakui beliau tidak mengesahkan kandungan manifesto berkenaan dengan pejabat Najib setelah menerimanya melalui e-mel pada hari Ahad lalu. Email tersebut juga dipercayai telah dihantar kepada banyak laman blog dan portal yang lain.

Semalam, pejabat Timbalan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang menafikan laporan manifesto menyokong penawaran beliau bagi jawatan Presiden UMNO yang disiarkan oleh Malaysiakini. Kenyataan itu menyatakan bahawa laporan Malaysiakini tersebut “dengan jelas adalah palsu dan mengelirukan.” Katanya, keputusan Malaysiakini untuk menyiarkan berita itu sangat tidak beretika kerana mereka gagal mencari kesahihan perkara tersebut dengan pejabat Timbalan Perdana Menteri sebelum menerbitkannya. Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons pada satu e-mel yang disiarkan oleh Malaysiakini, yang kononnya daripada sebuah ‘Kumpulan Sokongan Najib’ mengandungi apa yang dipanggil manifesto yang kononnya dikaitkan dengan Najib.

Menurut kenyataan pejabat Najib, adalah penting untuk Malaysiakini menyiasat punca e-mel yang bertujuan jahat bagi membersihkan nama dan reputasi Timbalan Perdana Menteri yang telah tercemar. “Malaysiakini telah memohon maaf kepada Timbalan Perdana Menteri mengenai perkara ini. “Bagaimanapun, adalah harapan kita bahawa Malaysiakini dan portal berita lain, tanpa mengira dasar editorial mereka, akan menjaga diri dalam cara yang beretika dan profesional. “Berita palsu ini adalah langkah yang terkini dan jelas menunjukkan satu usaha yang dibuat bersama dengan pihak-pihak tertentu untuk mencemarkan imej Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

[Isu menifesto Najib akhirnya menjadi hangat bila ia disiarkan. Pihak kami juga telah menarik balik artikel terbabit atas arahan pihak-pihak berkenaan. Apapun yang terjadi, tindakan wartawan Malaysia kini itu meletakkan jawatan adalah tidakk wajar sama sekali. Kepalsuan dan fitnah yang dikatakan itu adalah berdasarkan email semata-mata. Kami juga menerima email terbabit. Soalnya sekarang, pejabat TPM boleh sahaja mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan perkara sebenar. Lihat sahaja dalam isu pembelian helikopter baru-baru ini, pejabat TPM juag mengeluarkan arahan kepada Kementerian Pertahanan untuk mengeluarkan kenyataan bahawa tender dan LOI yang dikeluarkan adalah mengikut prosedur. Walhal mungkin sebaliknya. Begitu juga dengan manifesto berkenaan. Mungkin ia benar, namun dek kerana ia dibocorkan oleh pihak-pihak tertentu maka perkara itu dinafikan. Memang mudah mengeluarkan kenyataan menafikan, samalah dalam kes-kes lain yang dihadapi oleh pihak terbabit. Semuanya dinafikan tanpa perlu ada penyiasatan polis atau berada dalam mahkamah.] pahangdaily

Posted on 22 Oktober 2008, in Berita, Berita Terkini, Isu Semasa, Najib, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: