Hukum Menyambut Deepavali


Salam Perjuangan…

Tengahari tadi,ketika dalam perjalanan dari kolej (IIC) ke rumah, saya terpandang satu ‘Banner’ yang menunjukkan Ucapan deepevali dari 3 parti yang menjadi pilihan rakyat malaysia pada pilihanraya baru-baru ini.

Terdetik di dalam hati adakah perayaan deepavali tahun 2008 akan menjadi perayaan yang ‘super’ meriah?bukankah kaum India yang telah menyumbang kemenangan ketiga-tiga parti sehingga parti Islam dapat menang dengan majoriti yang sangat besar di kawasan kaum tersebut.

Persoalannya adakah kita di benarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka? Sebelum itu elok kita mengetahui erti perayaan Deepavali kepada kaum india, Jadi,mari kita lihat secara ringkas penjelasannya:

Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu. Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.

Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.

[http://sklaloh.kelantan.edu.my/perayaan.htm]

Penganut Hindu menyambut Deepavali kerana banyak sebab dan paling utama mengikut kepercayaan mereka ialah bagi memperingati kemenangan Dewa Krishna menentang Nargasura, yang merupakan kejayaan kebaikan mengalahkan kejahatan.

[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=364463]

Dari penyataan diatas, jelas kepada kita perayaan Deepavali menurut agama Islam adalah perayaan yang syirik dan amat ditegah oleh Islam untuk umat islam untuk menyambutnya. ALLAH berfirman :

Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.”

(Luqman, 31: 13)

dan umat Islam WAJIB kembali kepada Islam dan bukan hanya bertaqlid kepada mereka yang mengaku muslim tetapi hadir sahaja hari perayaan orang kafir malah mereka lah yang pertama ‘wish’ dan mengucap selamat terhadap perayaan gologan kafir yang jelas syirik . Allah mengingat kita supaya tidak mengikut sesuatu tanpa pengetahuan yang benar

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”

(al-Isra’, 17: 36)

Jawapan dari soalan yang saya lontarkan sebentar tadi adalah kita sangat di larang daripada menyambut perayaan keagamaan kaum lain kerana perbuatan tersebut boleh membawa syirik kepada Allah.Semoga Allah menjauhkan kita.

BAGAIMANA CARA TERBAIK MEMBALAS UCAPAN DARI NON MUSLIM

Mungkin di kalangan kita akan menerima ucapan selamat depavali daripada kawan-kawan yang beragama hindu, jadi bagaimana kita hendak membalas ucapan tersebut?

Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat “Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih”.

Perlu diingat ucapan itu mesti bukannya keredhaan kita terhadap kesyirikan mereka tapi hanya meraikan ucapan mereka dan dalam masa ia lebih menjaga hati non muslim daripada terasa hati sekiranya kita membisu tanpa membalas ucapan mereka.

FATWA PARA ULAMA

Imam as-Suyuti : Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka”.

(As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba’ wa an.Nahy ‘an al-Ibtida’, hlm. 150.)

Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas:

“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”

Dari Eropa, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropa
(Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`)

Dr. Muhammad Fuad Al-Barrazy, dengan tegas berkata:

“Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”. http://asyrafaziz.blogspot.com / http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

Posted on 25 Oktober 2008, in Ilmu, Islam, Isu Semasa, Semasa. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. Salam. Ana setuju benar dengan artikel rujukan saudara ini. Cuma apa komen saudara tentang berita harakah terbaru:-

    http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17920&Itemid=1

    Moga PAS tidak mendapat fitnah untuk itu.
    Allahuakbar

    Terima kasih di atas komen saudara. Menyambut dengan meraikan tu ada beza maknanya. Kita sebagai pemerintah harus jangan mengenepikan apa yang dianuti oleh masyarakat di bawah pemerintahan YAB Tuan Guru. Untuk pengetahuan saudara, di bawah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN) ada pegawainya terdiri daripada kaum India dan Cina. Di dalam Islam, ianya tidak melarang seseuatu kaum yang bukan beragama Islam yang taat dengan pemerintah Islam bolah mengamalkan adat resam mereka. Yang salah adalah kita beragama Islam turut sama menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan turut serta menghayati apa yang berlaku disebalik peristiwa itu.

  2. masyaAllah ustaz ..tolong tenangkan hati saya…

    saya berpendapat menyambut dan meraikan itu tak banyak bezanya kerana kedua-duanya adalah menunjukkan sokongan kita kepada perbuatan syirik tersebut….sekian lama saya faham bahawa mengucapkan salam deepavali itu haram….maka saya terkejut melihat banner ucapan depavali dari parti2 pakatan rakyat termasuk pas….
    saya juga faham bahawa mengunjungi perayaan mereka juga haram tetapi tetiba saya dikejutkan dgn keberadaan yang dikasihi MB Kelantan di majlis perayaan Hindu itu…saya sangat keliru, dan mengharapkan ada hujah syarak utk perkara ini….kerana itu saja yg boleh memberi kekuatan

    Isu ini sudah menjadi isu yang hangat buat masa ini dan ianya dibincangkan oleh ulama’ masa kini. Tentang masalah ini, ada dua pendapat ulama’ iaitu : Ulama’ yang mengharamkan langsung kita menyambut / meraikannya, manakala pendapat kedua pula mengharuskan kita meraikannya. Sebagai contoh untuk membezakan menyambut dengan meraikan ; menyambut : kita menyertai acara penyembahan yang dijalankan oleh penganut hindu yang mempercayai dewa-dewa mereka. meraikan : seperti kita meraikan jemputan daripada kawan / saudara kita yang membuat kenduri. Dengan alasan ziarah maka para ulama’ membolehkan perkara ini dilakukan.

  3. salam…maaf ggu…cuma sy nak mencelah sket d sini…sy masih cetek dlm ilmu agama cuma apa yg sy tahu dgn sedikit ilmu yg d anugerahkan ALLAH ni,,alhamduliLLAH….hy pemimpin shj boleh mghadiri perayaan agama lain tp sekadar mghormati,,,,bagi org2 muslim yg lain haram utk menyambutnya….
    p/s : klu salah tolg perbetulkan…syukran

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: