PAS Sedia Jadi Orang Tengah Antara Kerajaan – Hindraf


Salam Perjuangan…

PUTRAJAYA : PAS hari ini menyuarakan kesanggupan parti itu untuk menjadi orang tengah antara pihak kerajaan dengan pertubuhan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) bagi menyelesaikan apa jua permasalahan yang timbul sejak kebelakangan ini.

Hasrat itu disuarakan dua pemimpin PAS iaitu Naib Presidennya Datuk Husam Musa dan Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub kepada pemberita selepas mereka turut bersama kira-kira 40 penyokong Hindraf yang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini sejak 9 pagi tadi.

Kesemua penyokong itu dipercayai anggota keluarga kepada 10 anggota Hindraf yang kini ditahan reman selama tiga hari bermula Khamis lepas.

Mereka ditahan mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Seksyen 48) dan disiasat kerana mengadakan perhimpunan haram.

Salahuddin berkata kerajaan patut bagi peluang kepada kumpulan Hindraf kerana dengan menahan pemimpin mereka tidak akan menyelesaikan masalah.

“Sebaliknya kerajaan seolaholah cuba mengelak untuk mengadakan perbincangan dengan kumpulan itu jadi biarlah PAS menjadi orang tengah,” katanya.

Bagaimanapun Husam berkata anggota keluarga itu tidak dibenarkan berjumpa tahanan kerana menurut polis, perjumpaan hanya boleh dibuat pada hari bekerja, manakala perjumpaan pada hujung minggu dan cuti umum pula hanya untuk kes kecemasan sahaja.

Kedua-dua pemimpin PAS itu kemudian turut membawa anggota keluarga tahanan menjamu selera di medan selera berdekatan di samping menghulurkan sumbangan RM5,000 sempena Deepavali.

Sepuluh penyokong Hindraf itu ditahan kerana dipercayai mengadakan perhimpunan haram di hadapan pejabat Perdana Menteri di sini kira-kira 3.30 Khamis lepas.

Kumpulan itu dipercayai cuba menyerahkan memorandum kepada pejabat Perdana Menteri bertujuan mendesak agar lima anggota Hindraf yang ditahan mengikut ISA dibebaskan sebelum perayaan Deepavali Isnin depan. BERNAMA

Posted on 26 Oktober 2008, in Berita, Berita Terkini, Hindraf, PAS, Pemuda PAS, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: