Najib Akan Kekal Dasar Pak Lah Selepas Perubahan Kepimpinan


Salam Perjuangan…

lambat pulak rasanya nak jadi PM ni

lambat pulak rasanya nak jadi PM ni

IPOH : Datuk Seri Najib Tun Razak yang setakat ini telah menerima 101 pencalonan bagi jawatan Presiden Umno, berazam untuk terus mengekalkan hubungan baik dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas perubahan kepimpinan pada Mac tahun depan.

“Saya akan jaga perasaan antara sesama kami. Saya akan jaga perasaan Pak Lah kerana saya hendak hubungan saya dengan Pak Lah berterusan.

“… kerana setiap daripada kita tetap boleh mainkan peranan untuk tentukan masa depan kita. Sebab menjelang Mac nanti bukan perubahan kerajaan (yang berlaku) cuma perubahan kepimpinan, kami masih lagi dalam satu keluarga,” kata Timbalan Perdana Menteri semasa berucap pada majlis Jamuan Aidilfitri Bersama Rakyat Perak anjuran Umno Perak di sini Ahad malam, seperti yang dipetik dari Bernama.

Najib berkata beliau juga akan meneruskan perkara-perkara baik yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri.

“Daripada segi pengisisan tidak akan ada yang berubah, mana yang baik yang dibuat oleh Pak Lah saya tetap akan teruskan,” katanya.

Beliau berkata Misi Nasional, Islam Hadhari dan Koridor Pembangunan akan dikekal dan diteruskan kerana Misi Nasional amat baik, Islam Hadhari amat tepat dan Pembangunan Koridor pembangunan jangka panjang yang baik.

Ujar Najib lagi, beliau hanya akan melakukan perubahan bagi tujuan penambahbaikan iaitu dengan membuat sesuatu perubahan yang akan membawa kepada sesuatu yang lebih baik daripada dahulu.

Katanya dalam konteks nasional, tidak ada yang akan berubah.

“Sehari dua ini disebut tentang kontrak sosial, Perlembagaan Negara, dan juga peruntukan 153 yang menentukan hak keistimewaan.

Ia sesuatu yang dipertahankan, begitu juga kita akan pertahankan hak-hak rakan bukan Melayu yang mempunyai hak yang patut dan wajib dipertahankan kepentingan serta kehendak mereka,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau juga tidak mahu mana-mana pihak mempersoalkan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara.

“… perlembagaan negara bagaikan tiang seri, dasar kita boleh ubah dan rundingkan kepentingan serta masalah setiap kaum, tetapi asas tiang seri negara tetap dipertahankan.

Inilah yang menjadi landasan untuk kita mengorak langkah ke hadapan,” katanya. Najib juga berkata satu perubahan yang tidak dapat dielakkan nanti adalah dari segi stail, kerana masing-masing mempunyai stail tersendiri.

“Sehubungan dengan stail ini, masing-masing ada stail tidak boleh ikut orang kerana anak dengan bapa pun berbeza,” katanya sambil membuat perbandingan dengan stail bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang berlainan dengan beliau.

Timbalan Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa beliau sentiasa bersedia untuk diberi teguran jika ada kelemahan.

“Eloklah tegur menegur antara satu sama lain,” tambahnya.

Dua Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali adalah antara lebih 1,000 tetamu yang hadir pada jamuan yang diadakan di perkarangan bangunan Umno Perak. – mStar

Posted on 27 Oktober 2008, in Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, Najib, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: