Najib: Mengugut Melalui SMS Tidak Sepatutnya Berlaku


Salam Perjuangan…

KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perbuatan berkempen menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan merupakan budaya tidak sihat yang tidak sepatutnya berlaku.

“Kita mesti menunjukkan bahawa kita mengamalkan demokrasi yang sihat dalam negara,” katanya sambil menegaskan perbuatan seumpama itu tidak seharusnya dilakukan oleh sesiapa jua.

Beliau mengulas insiden Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad yang baru-baru ini menerima lebih 10 SMS berbaur ugutan agar mencalonkan gandingan pemimpin tertentu bagi jawatan tertinggi pada pemilihan Umno Mac depan.

“Saya tidak tahu siapa yang menghantar SMS seperti itu tapi perbuatan seperti mengugut melalui SMS ini membawa satu budaya yang buruk yang tak patut dilakukan oleh sesiapa sekalipun,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka MIC sempena sambutan Hari Deepavali di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata apa yang dilalui oleh Shahrir yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, perlu diberi perhatian dan Lembaga Disiplin parti perlu mengambil tindakan sewajarnya.

“Malangnya Lembaga ini tidak mempunyai prasarana untuk mengendalikan kes-kes sebegini secara berkesan, (oleh itu) sebaik mungkin bagi Umno menggalakkan sistem anti-rasuah oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebab parti kita belum nampak mampu tangani gejala ini,” katanya yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno.

Rais berkata Umno perlu naik setapak lagi kerana jika tidak parti itu boleh menuju ke arah kehancuran.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula berkata Shahrir perlu membuat laporan polis berhubung SMS ugutan itu.

Beliau berkata walaupun Lembaga Disiplin parti mempunyai cukup keupayaan untuk menyiasat kes-kes sebegitu tetapi adalah lebih baik kes itu turut dilaporkan kepada polis untuk siasatan.

“Tak perlu BPR, Lembaga Disiplin dah cukup struktur tetapi biasalah, perlu siasat perkara yang diadu untuk elakkan penganiayaan kepada yang diadu,” katanya.

Tengku Adnan juga berkata calon-calon yang menawarkan diri bertanding pelbagai jawatan pada pemilihan parti Mac depan perlu mengikut peraturan dan etika kempen yang dibenarkan.

“Tidak timbul isu tak cukup pendedahan, yang penting cara kita bekerja untuk parti. Kalau orang kenal kita, orang akan sokong,” katanya.

Lebih 3,000 orang hadir pada majlis rumah terbuka MIC itu. BERNAMA

Dah tabiat orang-orang dalam Umno mahupun dalam parti komponen BN, ugut mengugut ni biasa jer, bahkan ada yang dibunuhnya. Seperti yang berlaku kepada pimpinan MIC suatu ketika dulu. Kalau setakat ugut melalui sms ni macam kacang jer bagi sesetengah orang yang mahu sangat berkuasa.

Posted on 27 Oktober 2008, in Berita, Berita Terkini, BN, Isu Semasa, Najib, Pemilihan UMNO, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: