Umno Berpenyakit Kerana Masalah Dalaman – Dr Hamzah


Salam Perjuangan…

RAUB 27 Okt – Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr hamzah Jaafar berkata, Umno kini berada dalam keadaan tidak sihat akibat masalah dalaman parti itu sehingga dilabel oleh veteran parti itu sendiri sebagai sakit tua.

Malah ada di antara pemimpin parti itu secara sinis mengatakan jawatan-jawatan di dalam parti itu sepatutnya diberi kepada pembida tertinggi.

“Begitulah parahnya Umno sekarang ini dan kenyataan bekas pemimpin parti itu menunjukkan rasa kecewa mereka terhadap isu dalam parti itu,” katanya.

Dr Hamzah menghadiri majlis meraikan Yang Dipertua PAS Kawasan Raub, Tengku Puji Abdul Hamid yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 8 November ini serta sambutan Aidilfitri di Markas PAS Dong, dekat sini.

Hamzah berkata, pelan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara masih berjalan walaupun tanpa disebutkan bila masanya.

“Pelan peralihan kuasa Pakatan Rakyat terus berjalan walaupun tanpa tarikh,” ujarnya.

Katanya seribu kemungkinan peralihan kuasa boleh berlaku secara mengejut dan tidak disangka oleh semua termasuk anggota Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tras, Choong Siew Onn yang turut berucap pada majlis itu berkata, para pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah enam buah negeri mesti menunjukkan mereka berbeza daripada pemimpin BN yang boros dan banyak menghabiskan wang rakyat.

Katanya jika kita mampu menunjukkan cara kita mentadbir negeri lebih baik daripaa BN sudah tentu rakyat akan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, setakat ini apa yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang misalnya yang menggukan kelas ekonomi ketika menaiki kapal terbang adalah contoh baik yang ditunjukkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

“Dengan cara itu banyak wang rakyat dapat dijimatkan dan ia tidak dilakukan oleh pemimpin BN sebelumnya,” ujar beliau. – harakahdaily

Posted on 27 Oktober 2008, in Berita, BN, Isu Semasa, PAS, Politik, Semasa, Siasah, UMNO. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: