Lapangan Terbang Sultan Mahmud Tidak Ikut Spesifikasi?


Salam Perjuangan…

Cita-cita untuk membuktikan tidak ada pembangunan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di Terengganu menurut kehendak bekas Menteri Besarnya, Dato’ Seri Idris Jusoh mungkin sudah menjadi kenyataan bukan berbentuk positif tetapi sebaliknya.

Ini termasuk Pembangunan Taman Tamaddun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Pulau Duyong dan terbaru Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Pualu Wan Man dan Pulau Duyong menjadi tapak pelaksanaan projek menghabiskan (membazir) duit rakyat untuk keuntungan kroni Perdana Menteri Dato’ Seri Adullah Ahmad Badawi tidak kurang dari RM7 bilion sejak empat tahun lalu.

Projek pembesaran lapangan terbang Sultan Mahmud sekali gus untuk menaik taraf kepada lapangan terbang antarbangsa, satu lagi projek dikatakan bermasalah dari segi struktur dan spesifikasinya.

Menurut satu sumber difahamkan ia dikendalikan oleh sebuah jabatan kerajaan di peringkat pusat kerana projek berkenaan di bawah kerajaan pusat.

Ia dikatakan tidak mengikut speksifikasi sebuah lapangan terbang antarabangsa dan pembinaannya didakwa hanya sekadar untuk kelihatan cantik semata-mata.

Dipercayai struktur bumbung bermasalah apabila didakwa ia sentiasa bocor ketika hujan lebat. Manakala struktur tiang yang besar dan terlalu banyak tidak memenuhi spesifikasi sebagai sebuah lapangan terbang.

Sistem pengurusannya juga dikatakan masih tidak teratur, tidak menggambarkan sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa.

Ia dipercayai sebuah lapangan terbang yang tidak efektif untuk menarik pelancong ke dalam negeri dan membawa penumpang domestik ke luar negara kerana tidak ramai yang ingin menjadikan lapangan terbang Sultan Mahmud sebagai ‘platform’ kemudahan perhubungan perniagaan ke luar negara.

Cuma aktiviti pengangkutan jamaah haji dari lapangan terbang itu ke Jedah boleh dikatakan sebagai satu percubaan Tabung Haji untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan positifnya penggunaan lapangan terbang itu bagi tujuan tersebut mulai tahun hadapan.

Untuk menarik pelaburan dalam dan luar negara, faktor strategik perniagaan semua diambil kira. Ramai yang bertanya apa strategik dan keuntungan yang boleh diperolehi berniaga di negeri Terengganu?

“Ada Expo Perdagangan Bertaraf Antarabangsa seperti Expo Di China ke?” soal Haji Solehan Ismail (bukan nama sebenar), seorang peniaga tempatan yang sempat ditemui di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Kos penerbangan ke luar negara mesti diambil kira. Apakah ada syarikat penerbangan yang sanggup menanggung kerugian kerana kos ‘over head’ penerbangan lebih tinggi dari pulangan hasil penerbangan ke luar negara melalui lapangan terbang tersebut?

Apakah berbaloi sekadar dua atau tiga orang menggunakan kapal terbang di lapangan terbang itu untuk ke luar negara sedangkan kos mengisi minyak sahaja dipercayai berjumlah beribu-ribu ringgit untuk satu-satu penerbangan.

Apakah keistimewaan negeri Terengganu untuk mendorong pedagang antarabangsa melabur wang mereka di negeri itu? Apakah Monsoon Cup yang diadakan setiap tahun di musim tengkujuh boleh menarik beribu-ribu pelancong untuk melihat pertandingan perahu layar yang diumpamakan seperti bermain perahu dalam kolam tanpa ada sebarang cabaran itu?

Apakah ada kilang-kilang besar untuk kereta mewah seperti kereta berjenama Mercedes Benz sebagai satu-satunya kilang untuk Asia Tenggara, tidak ada kilang seumpama itu melainkan ada di Terengganu sahaja?

“Apa jenis perniagaan yang menjadi di negeri Terengganu sehingga pelabur sanggup datang ke negeri ini untuk berbuat demikian,” soal peniaga itu lagi.

Jika tidak ada sebarang perniagaan yang bertaraf antarabangsa boleh diketengahkan dari negeri Terengganu, apa relevannya dibina lapangan terbang bertaraf antarabangsa di negeri tersebut?

Ia akan menjadi projek gajah putih, hanya sekadar untuk memberi kerja kontrak kepada syarikat-syarikat yang masih berkepit di celah ketiak Umno dan pemimpinnya.

Sama ada ia bertepatan dengan piawaian sebuah lapangan terbang antarabangsa atau tidak bukan satu perkiraan yang diberi keutamaan. Yang penting ialah projek masuk ke Terengganu tidak kira bagaimana atau apakah ia dilaksanakan mengikut spekfikasi sepatutnya, ia tidak lagi diambil kira.

Justeru, sekian banyak projek mega kerajaan Barisan Nasional (BN), ia tidak memberi impak besar untuk kebaikan rakyat tetapi ia sekadar untuk penyedap kempen parti itu dalam mana-mana pilihan raya semata-mata. – harakahdaily

Posted on 28 Oktober 2008, in Berita, Politik, Semasa, Siasah. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: